Jahit Sendiri, Mark Zuckerberg Reka Pakaian 3D Untuk Anak
Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg berkongsi di laman Instagram miliknya tentang pakaian 3D yang telah direka buat anak-anaknya.
Mark Zuckerberg bersama isterinya Priscilla Chan juga turut memberi gambaran tentang kehidupannya sebagai ibu bapa ketika berkongsi foto tersebut.
Mark, 38 tahun, berkongsi bahawa baru-baru ini, beliau mula mencipta dan mencetak pakaian 3D dan menjelaskan bahawa dia perlu belajar menjahit.
“Baru-baru ini saya telah mencipta dan mencetak pakaian 3D dengan anak perempuan saya. Ada beberapa projek dari bulan lepas dan ya, saya terpaksa belajar menjahit,” tulisnya di Instagram.
BACA: WhatsApp Jauh Lebih Selamat Berbanding iMessage, Dakwa Mark Zuckerberg
Dikongsi dua hari lalu, hantaran mengenai pakaian 3D yang diciptanya telah mendapat lebih dari 2oo,000 tanda suka setakat ini. Warga maya turut merasa kagum dan ramai yang berkata bahawa anak perempuanya kini bersedia untuk Met Gala.
Dalam gambar yang dikongsikan, anak perempuan Mark dilihat memakai pakaian 3D berwarna putih dan hijau.
Tambahan, ada juga netizen yang mengatakan bahawa ini merupakan salah satu cara untuk Zuckerberg dan anaknya meluangkan masa bersama-sama. Ia juga merupakan momen yang akan diingati sampai bila-bila.
Tahun lalu, Mark juga menghasilkan sut untuk anak sulungnya, Maxima.
BACA: TERKINI: Mark Zuckerberg Umum Facebook Messenger Ada Update ‘Feature’ Baru
Orang ramai kagum dengan pakaian tersebut kerana mereka tidak percaya bahawa semua pakaian itu dicipta menggunakan pencetak dan kemahiran menjahit Mark.
Mark Zuckerberg berkahwin dengan Chan pada Mei 2012 dan anak perempuan pertama mereka adalah Maxima Chan Zuckerberg yang dilahirkan pada 1 Disember 2015. Mereka dikurniakan anak kedua, August Chan Zuckerberg yang lahir pada Ogos 2017 dan pasangan itu menerima cahaya mata ketiga Aurelia Chan Zuckerberg pada 24 Mac 2023.
Selain kerjayanya yang sentiasa mendapat liputan, tumpuan media juga sering terarah kepada kehidupan peribadinya terutama bersama isteri dan ana-anaknya.
BACA JUGA: Harta Tinggal Cuma RM 243 Bilion, Mark Zuckerberg Kini Bukan Lagi 10 Manusia Terkaya Dunia
Sumber: INDIANEXPRESS / TIMES OF INDIA