RM100 Boleh Penuh Satu Meja, Ini Port ‘Syurga’ Seafood Murah Kat Malaysia
Ramai antara kita yang cukup minat dengan makanan laut atau dipanggil seafood, terutamanya yang segar-segar belaka. Betul tak? Sebenarnya Malaysia ni sudah cukup kaya dihiasi dengan pelbagai variasi makanan termasuklah makanan laut.
Bila bercakap tentang seafood, pasti ramai yang mempunyai tempat atau ‘port’ kegemaran masing-masing. Tapi kalau sebut pasal seafood sedap dan murah, tak lain tak bukan kebanyakan orang akan terfikirkan tentang Labuan.
Ya! Labuan memang salah satu ‘syurga seafood’ yang ada kat negara kita. Apa yang lagi menarik adalah harga seafood yang dijual di sana dikatakan jauh berganda lagi murah dari Semenanjung, selain hidupan lautnya yang dibawa naik pun sangat segar. Umpama naik dari air, terus masuk dalam kuali!
Tapi kat mana port best seafood segar dan murah di Labuan ni?
Modal RM100 penuh satu meja
Oleh sebab itu min nak kongsi beberapa port best di Labuan untuk korang nikmati seafood yang segar-bugar dengan harga cukup-cukup murah! Dan yang paling penting, modal RM100 je pun dah boleh penuh satu meja dengan pelbagai jenis hidangan!
Korang nak tahu mana tempat makan yang best kat Labuan? Jom tengok senarai yang min kongsikan ni:-
Anjung Ketam Kampung Nagalang

Apabila sampai saja kat sini, benda pertama yang buat korang terpukau adalah pemandangan. Mana tidaknya, untuk pergi ke restoran ni, korang perlu meniti titi di atas air. Selain itu, lokasinya yang menghadap laut membolehkan korang menikmati seafood sambil layan pemandangan matahari terbenam.

Makanannya pula jangan cakaplah, semuanya segar-segar belaka. Memang kecur air liurlah orang cakap!

Mawilla Yacht Club Restaurant
Terletak di Jalan Tanjung Batu, lokasinya yang berada di tepi laut memberi peluang untuk korang melayan pemandangan cantik, lebih-lebih lagi ketika matahari terbenam menuju malam. Makanannya pula semuanya sedap-sedap. Sebut saja nak seafood jenis apa, semuanya ada!



Tiara Seafood Restaurant
Terletak di Tiara Labuan Hotel yang berada berdekatan dengan Pantai Tanjung Batu. Yang menariknya, lokasi restoran ini dekat saja dengan Lapangan Terbang Labuan, kira-kira tiga kilometer (km) je! Kalau korang datang dari Semenanjung, memang sinilah tempat terbaik nak singgah makan.
Umpama bercuti kat hotel mewah, korang akan menikmati pengalaman makan makanan seafood lima bintang dengan harga yang murah di sini. Kalau tengok review-review orang yang pernah makan sini, semuanya puji sedap belaka.



Mr Crab Seafood & Steamboat Restaurant
Seakan namanya sendiri Mr Crab, restoran yang terletak di Eko Pelancongan Kinabenuwa berhampiran dengan Sungai Kinabenuwa ini menyajikan ketam sebagai menu utamanya. Bayangkan ‘seketul’ ketam yang korang nampak tu boleh dimasak dengan bermacam-macam resipi! Tak lupa juga, ada banyak lagi seafood lain yang korang kena cuba.




Fisherman Harbour Restaurant

Fisherman Harbour Restaurant yang terletak di tengah-tengah bandar Labuan pun tidak kurang hebatnya. Kalau korang nak tahu, Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) melalui kru Wilayah Tv pernah buat penggambaran kat sini tau. Macam yang biasa korang tengok orang buat review makanan, ha restoran inilah yang terpilih!


Berdasarkan review yang dibuat, selain tempatnya yang strategik serta fasiliti yang selesa, makanan seafood yang dihidangkan pun bukan calang-calang. Sebut saja apa; ketam, ikan, udang kara, semuanya ada kat sini!
Nak tahu macam mana pengalaman sebenar kru Wilayah TV makan kat sini? Jom layan video Youtube ni:
Jadi bila dah alang-alang melancong ke Labuan tu, rugi sebenarnya kalau korang tak cuba kesegaran makanan laut kat sana. Modal dalam RM100 je, tapi dia punya puas tu macam makan kat restoran kayangan!
Jangan risau sebab harga murah-murah je. Ibarat ‘Menu Rahmah’ versi seafood. Yang lagi best, semua hidupan laut yang korang makan tu baru naik ke darat. Belum sempat masuk peti frozen dah kena campak dalam kuali.
Hah bila dah datang Labuan, jangan ingat kat sini hanya ada seafood je semata-mata. Kalau korang nak tahu, ada banyak lagi tempat-tempat menarik yang ada di pulau ini untuk korang lawati.
Kalau nak tahu mana tempat menarik nak jalan kat Labuan ni, boleh baca artikel ni: