Siakap Keli
motosikal terbang atas pokok
Kredit TikTok

Pelancong Patah Bahu, Motosikal Ditunggangi ‘Terbang’ Atas Pokok Gara-Gara Brek

Pelancong Patah Bahu, Motosikal Ditunggangi ‘Terbang’ Atas Pokok Gara-Gara Brek

Tular di media sosial Indonesia berkenaan sebuah video yang menunjukkan sebuah motosikal tersangkut atas pokok gara-gara brek gagal berfungsi.

Video muat naik berdurasi 51 saat itu telah dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok @tukangmaidoakhir_zaman di akaun miliknya.

Kejadian itu dipercayai berlaku semasa cuti panjang menyambut perayaan Aidilfitri pada minggu lalu.

Menerusi muat naik perkongsian tersebut, dapat dilihat beberapa orang penduduk serta pasukan SAR cuba membantu menurunkan motosikal yang tersangkut itu.

Motosikal itu dipercayai dimiliki oleh dua orang pelancong yang kemudiannya mengalami kegagalan brek di persimpangan Gotehan, Kabupaten, Indonesia Ahad lalu.

“Motor pelancong tersangkut di pokok selepas brek gagal berfungsi di Mojokerta Skull,” tulis muat naik ciapan dari @Midjan_La_2 di Twitter pada Selasa lalu.

Menerusi perkongsian video itu lagi, keadaan jalan yang selekoh tajam dan berbukit telah menjadi sebab utama bagaimana motosikal tersebut tersangkut di atas pokok.

Kredit TikTok

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal itu juga telah terbabas ke atas sekam yang diletak di sekeliling selekoh tajam tersebut. Motosikal yang dinaiki mereka didakwa telah tersangkut di sebatang pokok setinggi tiga meter.

Kredit TikTok

Sejumlah sukarelawan dan anggota polis Mojokerto turut dikerahkan bagi membantu mengeluarkan motosikal yang tersangkut tersebut.

Kredit TikTok

Mangsa yang menunggang motosikal merupakan warga Bendogerit, Kecamatan, Kabupaten Biltar dilaporkan mengalami patah bahu.

Sementara itu, pembonceng motosikal itu pula mengalami kejutan dan dipenuhi dengan sekam padi. Kedua-dua mangsa dipindahkan dan dibawa ke Hospital Sumberglagah untuk mendapatkan rawatan.

Sehingga artikel ini ditulis, video perkongsian tersebut telah ditonton lebih daripada 1.4 juta jumlah tontonan.

Mendapat komen reaksi pelbagai dari pengguna media sosial

Video perkongsian itu turut dibanjiri dengan komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang mendapat perhatian adalah:

“Nasihat untuk bawa motosikal. Kalau boleh jangan tekan brek selalu, mesti ada henti-henti dan yang paling penting putaran enjin kena kekal stabil. InsyaAllah selamat,” tulis seorang netizen memberi nasihat.

“Aku kebingungan mahu sedih atau mahu ketawa. Tapi mangsanya kesian,” tulis seorang lagi netizen.

“Bagaimana dengan penunggang dan pemboncengnya? Selamat ke?” tulis seorang netizen yang mahu mengetahui keadaan kedua-dua mangsa.

@tukangmaidoakhir_zaman

kegagalan fungsi rem 30/4/23 #cangar #pacet selalu cek kondisi rem…istirahatlah di rest area untuk mendingkan rem anda….

♬ Sad song by piano and violin(886018) – NOVA

Sumber: Liputan 6, TikTok

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.