Siakap Keli
14 juta pekerjaan lenyap
Gambar: AFP

WEF Jangka 14 Juta Peluang Pekerjaan Lenyap 5 Tahun Akan Datang

WEF Jangka 14 Juta Peluang Pekerjaan Lenyap 5 Tahun Akan Datang

Gangguan besar dijangka melanda pasaran kerja global pada lima tahun yang akan datang jika keadaan ekonomi semakin merundum dan banyak syarikat mula mempertingkatkan penggunaan teknologi seperti kepintaran buatan (AI).

Perkara berkenaan didedahkan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerusi hasil satu kajian yang diterbitkan pada Ahad lepas.

Menurut CNN Bussiness, kajian tersebut mengumpul maklum balas daripada 800 buah syarikat.

WEF mendapati sebanyak 69 juta peluang pekerjaan baharu akan muncul menjelang 2027. Bagaimanapun, sebenyak 83 juta peluang pekerjaan sedia ada pula akan lenyap dalam tempoh yang sama.

Ia menyebabkan kehilangan 14 juta peluang pekerjaan yang bersamaan dua peratus jumlah pekerjaan semasa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Banyak faktor akan memberi kesan kepada pergolakan pasaran pekerjaan dalam tempoh tersebut.

Peralihan kepada sistem tenaga boleh diperbaharui akan menjadi enjin yang memacu kepada pertumbuhan peluang pekerjaan baharu. Manakala pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan dan inflasi yang tinggi pula akan mendorong kepada pengurangan tenaga kerja.

Sementara itu, perlumbaan dalam menyerap penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam perkerjaan pula menawarkan kesan positif dan negatif serentak.

Syarikat-syarikat juga memerlukan pekerja-pekerja baharu untuk membantu mereka dalam mengimplementasi  dan menguruskan peralatan AI.

Peluang pekerjaan seperti saintis data, penganalisis data, pakar pembelajaran mesin dan pakar kawalan siber dijangka akan meningkat 30 peratus secara purata, lapor WEF.

14 juta pekerjaan lenyap, antaranya digantikan AI

Pada masa yang sama, penggunaan AI secara pesat akan meletakkan beberapa pekerjaan dalam risiko untuk dimansuhkan.

Keadaan ini berpunca daripada kehadiran robot-robot pada masa akan datang akan menggantikan tugasan yang dilakukan manusia pada masa ini.

Berdasarkan ramalan WEF, 26 juta pekerjaan dalam bidang pentadbiran dan penyimpanan rekod akan dikurangkan pada 2027.

Manakala, peluang pekerjaan sebagai kerani kemasukan data dan setiausaha eksekutif dijangka akan menyusut secara mendadak.

Di saat model ChatGPT menjadi sesuatu perkara yang sensasi baru-baru ini, penggunaan automasi telah lama berkembang secara perlahan pada awal dekad ini.

Berdasarkan maklum balas syarikat yang disoal selidik WEF, dianggarkan sebanyak 43 peratus tugasan berkaitan pekerjaan dilakukan oleh mesin.

Walau bagaimanapun, jangkaan bagi kadar penerimaan sistem automasi pada masa depan pula mengalami kemerosotan.

Pada tahun 2020, majikan berpendapat 47 peratus daripada tugas akan diautomasikan menjelang 2025. Kini, mereka hanya menjangkakan jumlah itu akan mencapai 42 peratus menjelang 2027.

Sementara itu, sebahagian syarikat sedang memikirkan semula kemahiran yang diperlukan oleh pekerja mereka. Firma kini menghargai “keupayaan untuk menggunakan alat AI dengan cekap” lebih daripada pengaturcaraan komputer, menurut WEF.

BACA: Sonny Bill Williams Luah Rasa Kagum, Puji Adab Kanak-Kanak Malaysia Ketika Bersalam

Sumber: CNN Business

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.