Siakap Keli
AGC Nafi Kenyataan Media KSN
Gambar: Facebook AGC

AGC Nafi Sekeras-Kerasnya Keluar Kenyataan Media Berhubung Pendakwaan Ke Atas KSN

AGC Nafi Sekeras-Kerasnya Keluar Kenyataan Media Berhubung Pendakwaan Ke Atas KSN

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali.

AGC dalam kenyataan di sini hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali – Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023.

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.

BACA JUGA: Keputusan Kes Bunuh Libat Lima Lelaki Ditangguh Ke 22 Mac

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah tidak tepat.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.