Siakap Keli
garam beriodin
Kredit: Bernama

Ramai Masih Tak Tahu, Rupanya Ini Tujuan Sebenar Iodin Ditambah Dalam Garam

Ramai Masih Tak Tahu, Rupanya Ini Tujuan Sebenar Iodin Ditambah Dalam Garam

Garam merupakan salah satu perasa penting dalam kehidupan manusia. Selain memberikan perasa kepada makanan anda, ia juga dapat memberikan faedah kepada kesihatan manusia (jika diambil dalam kuantiti yang disarankan sahaja).

Dalam rak pasar raya, terdapat satu segmen yang dikhaskan untuk perasa ini. Hal ini disebabkan, terdapat pelbagai jenis garam seperti garam halus, garam kasar, Himalayan Pink Salt dan macam-macam lagi.

Akan tetapi, anda pernah tertanya tak? Mengapa ada garam yang dilabelkan sebagai beriodin? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan garam yang beriodin dan apa manfaatnnya kepada manusia?

Untuk makluman, menambah iodin pada garam merupakan salah satu helah yang agak tradisional bagi memastikan para pengguna mendapat jumlah mikronutrien yang mencukupi dalam diet mereka.

Amalan penambahan iodin pada garam ini tidak ubah seperti menambah fluorin pada air yang digunakan oleh orang ramai.

Iodin tidak dihasilkan oleh anggota badan, namun penggunaannya dalam kuantiti yang kecik amat penting bagi kelenjar tiroid untuk berfungsi dengan baik.

Bahan ini membenarkan tiroid untuk menghasilkan tiroksin, sejenis hormon yang membantu dalam meregulasikan banyak fungsi badan, termasuklah ketajaman mental.

Jika badan kita mengalami kekurangan iodin, gangguan tiroid akan berlaku. Perkara ini akan menyebabkan berlakunya bengkak tiroid (goiter), gangguan mental, atau kecacatan kelahiran.

Kebiasaanya, iodin ditemui secara semulajadi pada kawasan persisiran pantai dan kita mendapat nutrien tersebut daripada pelbagai hidupan laut, termasuk ikan dan rumpai laut.

Dalam banyak-banyak perasa, kenapa mesti garam?

Persoalannya, mengapa garam yang dipilih? Pada awal abad ke-20, masalah kekurangan iodin dalam kalangan penduduk global merupakan satu perkara yang biasa.

Maka, terdapat satu kebimbangan yang mengatakan iodin yang terdapat dalam makanan berkemungkinan tidak akan mencukupi untuk menyokong tiroid.

Beberapa kawasan di Amerika Syarikat seperti kawasan pendalaman pada barat laut negara tersebut pernah dikenali sebagai ‘jalur goiter’ disebabkan penduduknya kurang mengambil makanan laut.

Dengan mencontohi tindakan negara Switzerland ketika itu, pihak berkuasa AS telah menambah iodin pada garam biasa. Iodin yang dicampurkan dalam garam adalah dalam bentuk kalium iodida.

Kesan positif daripada tindakan ini dapat dikesan cepat terutamanya di tempat pertama penjualannya iaitu di Michigan pada 1924.

Angka penghidap goiter di Michigan dilaporkan menurun daripada 30 peratus kepada hanya dua peratus dalam tempoh 10 tahun.

Pada masa kini, penduduk global tidak lagi berhadapan dengan risiko kekurangan iodin disebabkan faktor diet yang memiliki pelbagai variasi.

Walau bagaimanapun, ibu hamil kadang kala akan berhadapan dengan risiko kekurangan nutrisi tersebut dan perlu mengambil suplemen mengikut jumlah yang disyorkan oleh doktor.

Tambahan pula, orang yang tidak mengambil ikan dan susu perlu mendapatkan iodin menerusi vitamin dan suplemen.

BACA: Permohonan Maaf Pelajar IPTA Tular Menangis Tak Makan Sebab Kafe Tutup

Sumber: Mental Floss

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.