Siakap Keli
cadangan kalimah Allah
Gambar: Bernama

Cadangan Penguatkuasaan Berhubung Kalimah Allah Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja – PM

Cadangan Penguatkuasaan Berhubung Kalimah Allah Dipersembah Kepada Majlis Raja-Raja – PM

KUALA LUMPUR —  Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan cadangan pengukuhan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi mencapai kata sepakat berhubung penggunaan kalimah itu.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah membincangkan keputusan Peguam Negara untuk menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland berhubung bahan penerbitan yang mengandungi kalimah ‘Allah’.

“Jemaah mengambil maklum bahawa keputusan yang dibuat berkisarkan soal pentadbiran dan tidak merubah ketetapan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2014.

“Bagi menyelesaikan isu ini secara menyeluruh dan bersepadu, Jemaah Menteri pada hari ini telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di- pertuan Agong untuk mempersembahkan cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah ‘Allah’ kepada Majlis Raja-Raja.

“Dan pada masa yang sama memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Hukum Sebut Kalimah ‘Allah’ Ketika Niat Wuduk Dalam Tandas

Jelas Anwar, kerajaan akan sentiasa mempertahankan Perlembagaan Persekutuan terutamanya Perkara 3 berhubung agama Islam adalah agama Persekutuan. Manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

KDN Tarik Balik Rayuan Libat Kes Pentadbiran Berhubung Rampasan Bahan Penerbitan

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan permohonan semakan kehakiman wanita dari Sarawak, Jill Ireland Lawrance Bill disebabkan melibatkan isu pentadbiran iaitu rampasan bahan penerbitan dan bukannya penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia, lapor Bernama.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, KDN sedang meneliti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu pada 10 Mac 2021 sewaktu proses permohonan rayuan berlangsung.

Hal ini kerana keputusan itu didapati bercanggah antara keputusan yang dibuat kabinet pada 19 Mei 1986 dan Arahan Pentadbiran yang kemudiannya dikeluarkan oleh KDN pada 5 Dis 1986.

Di bawah Arahan Kabinet 1986, penganut agama Kristian dibenarkan menggunakan empat perkataan bahasa Arab iaitu Kalimah Allah, baitullah, kaabah dan solat dalam penerbitan agama mereka.

Ia bagi tujuan pendidikan dengan syarat di luar kulit muka depan buku itu ditulis perkataan ‘Untuk Agama Kristian’.

Sumber: Kenyataan Media via Bernama TV

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.