Uncle Dedah Rahsia Macam Mana Nak Tahu “Engine Mounting” Rosak
Kadang-kadang ramai yang memilih untuk tidak menghantar kereta ke bengkel, lebih-lebih lagi golongan yang mahir tentang selok-belok enjin.
Walau bagaimanapun, buat mereka yang baru sahaja mempelajari untuk membaiki kenderaan pastinya kekurangan pengetahuan hingga membuatkan mereka terpaksa menghantar kereta ke bengkel.
Pada kali ini, SK akan berkongsikan cara untuk memeriksa engine mounting dengan sendiri, tanpa perlu hantar kereta ke tempat membaiki kenderaan.
Cara ketahui kerosakan engine mounting
Menerusi perkongsian di Facebook Sifu David (@Sifudavid0920,), dia menurunkan ilmu dengan mengajar orang ramai cara untuk membuat ujian kendiri bagi mengenal pasti kerosakan engine mounting.
Terdapat pelbagai cara untuk mengesan kerosakan engine mounting, antaranya ialah gegaran stereng.
“Macam mana cara untuk kita buat ujian sendiri ke atas engine mounting untuk melihat sama ada ia rosak atau tidak.
“Kerosakan engine mounting bukan sahaja disebabkan oleh Revolution Per Minute (RPM), kadang-kadang ia berlaku kerana throttle body yang kotor.
“Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah dengan menghidupkan enjin kereta, kemudian hidupkan pendingin hawa dan lampu,” katanya.
Mesti ada yang bertanya kenapa perlu menghidupkan lampu kenderaan, ini kerana jika pendingin hawa dan lampu dihidupkan, RPM akan jatuh ke bahagian yang rendah.
Jadi apabila semua telah dibuat dan dihidupkan, langkah seterusnya adalah menekan ‘brake’ sambil meletakkan gear pada kedudukan N sekejap kemudian pada R.
BACA: Ramai Masih Tak Tahu, Rupanya Ini Tujuan Sebenar Iodin Ditambah Dalam Garam
Gegaran stereng

“Selepas gear tersebut diletakkan pada kedudukan R, stereng akan ada gegaran.
“Apabila ia berlaku, peratusannya kemungkinan engine mounting rosak,” jelasnya.
Gegaran stereng merupakan simptom awal kerosakan engine mounting yang sudah longgar.
Kejadian ini boleh dilihat sekiranya pemandu berhenti di lampu isyarat, di mana stereng akan bergegar dengan kuat.
Pemandu juga perlu melihat pada RPM. Sekiranya ia mencecah 500 ke atas, iaitu 800 RPM maka kereta itu dalam keadaan baik.
Kemudian, cuba pula letak gear pada kedudukan D, stereng juga akan gegar. Dan apabila ditukar pada N, gegar sudah tiada.
“Ini antara kereta yang mempunyai engine mounting problem,” tambahnya.
Sifu David berkata kereta tersebut diperlukan untuk menukar satu set engine mounting supaya masalah yang dihadapi selesai.
Perkara yang dijelaskan oleh Sifu David merupakan salah satu punca yang menyumbang kepada kerosakan engine mounting.
Untuk penjelasan lanjut, boleh lihat video penuh di laman Facebook Sifu David.
Sumber: FB Sifudavid0920, Pandu laju,