Tak Perlu Keluar Modal, Lelaki Kongsi Tips Mudah Sejukkan Suhu Rumah
Malaysia adalah salah sebuah negara yang terletak di bawah garisan iklim khatulistiwa.
Suhu yang panas lembab itu sudah menjadi kebiasaan penduduk di Malaysia. Kadang-kala ada hari yang di mana panas itu seakan tidak boleh bawa bincang.
Bagi rumah mereka yang tidak mempunyai penyaman udara dan memiliki anak kecil, perkara ini semestinya boleh menjejaskan akitiviti harian mereka.
Mana tidaknya, dengan keadaan rumah yang panas dan berkuap nak tidur malam pun tidak selesa.
Oleh yang demikian, seorang pengguna TikTok baru-baru ini ada berkongsikan tips tentang bagaimana mahu sejukkan rumah dengan murah dan mudah.
Pengguna yang menggunakan nama @iqmalfikri_pandarider itu menerusi video perkongsian tersebut berkata, cara itu hanya perlu menggunakan beberapa bahan sahaja.
Sediakan baldi atau bekas, air dan ais sahaja
Menurutnya, benda yang paling penting untuk melakukan teknik ini adalah anda perlu sediakan baldi atau bekas, air dan ais.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah letak air di dalam bekas yang disediakan, kemudian tambah ketulan ais.

Jika rumah anda menggunakan kipas jenis berdiri, anda boleh letakkan bekas yang berisi air dan ais tadi di belakang kipas tersebut.
Udara sejuk daripada baldi akan dihalakan ke arah kipas dan seterusnya kipas akan menghasilkan udara yang sejuk.
Selain menyejukkan udara, teknik ini juga dapat mengurangkan ruangan di dalam rumah berkuap dan panas berbahang.

Teknik ini juga boleh dilakukan di mana sahaja ruangan di dalam rumah anda yang mempunyai pengaliran udara daripada kipas siling mahupun kipas berdiri.

Tambah lelaki itu, teknik ini dapat mengurangkan wap panas di dalam rumah dan memberikan sedikit keselesaan dengan cara yang murah dan mudah.
” Tips sejukkan rumah atau bilik. Cara murah dan mudah,” tulis kapsyen muat naik video perkongsian lelaki tersebut.
BACA: Raih Lebih 2 Juta Tontonan, Gadis Kongsi Cara Buat “Aircond” DIY
Bagi anda yang tidak mempunyai penyaman udara di rumah, bolehlah guna teknik yang dikongsikan oleh lelaki ini. Teknik ini juga sesuai dilakukan kepada pelajar yang berada di kolej universiti dan asrama kerana tidak memerlukan kos yang tinggi.
Diharap perkongsian pada kali ini dapat membantu anda yang mengalami masalah rumah berkuap dan berbahang panas.
@iqmalfikri_pandarider Tips sejukkan rumah atau bilik. Cara murah dan mudah. tekan beg kuning. tQ #fyp #begkuning #tiktokseller #fyppppppppppppppppppppppp #tips #sejuk #rumah #bilik #ahh
Netizen yang menonton video tersebut turut menyatakan bahawa mereka juga pernah dan ada juga yang sedang menggunakan teknik ini.
Sumber: TikTok via @iqmalfikri_pandarider