Siakap Keli

75 Tahun Nakbah, Palestin Masih Berdarah, Aman Palestin Seru Berikan Sokongan Padu Kepada Palestin

Ulangtahun Nakbah Palestin pada tahun ini diiringi dengan siri-siri pencerobohan, pertembungan dan serangan dari peneroka Israel di segenap sudut di bumi Palestin.

Pada bulan Ramadan lalu, kita baru sahaja dikejutkan dengan pencerobohan dari peneroka Israel ke atas Baitul Maqdis dan serangan terhadap Gaza. Namun kini, pada Selasa minggu lepas, telah berlaku pertempuran antara rejim Israel dan Gaza yang dinamakan dengan peperangan Tsa’rul Ahrar yang berlarutan selama 5 hari yang mengakibatkan 33 orang terkorban, termasuk 7 kanak-kanak dan 4 wanita, selain 147 cedera.

Ia juga menyebabkan kerosakan teruk kepada 940 buah rumah, harta benda dan infrastruktur, yang akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. Keadaan semasa di Gaza kini amat sukar dan rumit. Gaza menderita kesan dari serangan Israel walaupun selepas gencatan senjata.

Sejak 75 tahun yang lalu, Israel telah melakukan pelbagai jenis kekejaman, keganasan, pembunuhan, peperangan dan perancangan tipu helah supaya mereka dapat berkuasa terhadap keseluruhan bumi Palestin. Mereka juga bertanggungjawab terhadap penderitaan jutaan pelarian di dalam dan luar Palestin yang dipaksa keluar dari tempat tinggal mereka dan dinafikan kerakyatan sejak 1948.

Oleh itu, Aman Palestin menyeru semua agar menolak normalisasi hubungan dengan Israel dan terus menyokong serta membantu perjuangan kemerdekaan Palestin yang sebenarnya sehinggalah penjajah keluar sepenuhnya dari bumi Palestin.

Aman Palestin juga menyeru kepada semua rakyat di seluruh dunia khususnya Malaysia, Indonesia dan Nusantara agar konsisten dalam memberikan sokongan dan dokongan terhadap rakyat Palestin dan segala usaha-usaha yang membawa kepada pengembalian hak rakyat Palestin dan pembebasan bumi Palestin dari cengkaman penjajah Israel.

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.