Khas Untuk Kaki “Travel”, Ini Tips Mudah Pastikan Tanaman Di Rumah Sentiasa Tersiram
Musim panas yang melanda negara sekarang ini, bukan sahaja kita manusia yang terasa terik panas, haiwan dan tumbuhan turut terkesan dengan keadaan ini.
Banyak tanaman yang mati akibat cuaca panas yang melanda beberapa kawasan di negara kita.
Kalau anda jenis yang kaki ‘travel’ atau melancong, pastikan sumber air mencukupi untuk tanaman anda yang ditanam di rumah.
Terutamanya kalau anda menanam tumbuhan hiasan yang diletakkan di luar rumah. Tumbuhan yang tidak disiram dalam keadaan cuaca panas macam ini akan menyebabkan tanaman anda akan mati disebabkan kekurangan air.
Justeru, penulisan pada hari ini akan berkongsikan berkenaan tips untuk pastikan tanaman anda sentiasa mendapat air yang mencukupi walaupun ditinggalkan untuk beberapa hari.
Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok @arboldhome ini, telah menunjukkan teknik yang digunakannya untuk memastikan tanaman sentiasa cukup dengan sumber air.
Menurut perkongsian itu, barangan yang diperlukan sangat mudah dan murah. Malah ia mungkin berada di sekitar rumah mahupun di dalam rumah anda sendiri.
Bahan utama yang anda perlukan adalah botol dan air. Saiz botol terpulang pada anda mengikut tempoh perjalanan yang anda buat.
Kalau lama dan jauh perjalanan anda, maka sediakanlah botol yang bersaiz lebih besar untuk memastikan air mencukupi bagi tanaman anda.
Bahan yang seterusnya ialah drill. Kalau tiada drill jangan risau, anda boleh gantikan ia dengan menggunakan paku.


“Tips untuk tinggalkan plants kalau ada rancangan untuk travel ke mana-mana.
“My parents gave me this idea, mula-mula nak beli self watering kit yang ada jual dekat shopee tapi memandangkan sibuk tak sempat nak beli. Kita cuba cara murah ni, senang sangat.
“Make sure guna mata drill yang paling kecil dan sengetkan angle botol air tu,” tulis kapsyen muat naik perkongsian tersebut.
Botol diletak pada kedudukan sedikit senget atau condong
Botol diletak senget untuk memastikan aliran pengeluaran air tersebut terjadi dan tanah tanaman akan sentiasa berada dalam keadaan lembap.

Perkongsian ini juga mendapat komen pelbagai dari pengguna media sosial yang lain. Malah mereka turut meninggalkan komen mereka berkenaan perkongsian pengguna tersebut.



Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan seterusnya membantu anda untuk pergi bercuti dengan tenang hati.
BACA: Pemain Bola Sepak Profesional Indonesia Patah Kaki, Kena “Tackle” Ketika Main Liga Kampung
@arboldhome Tips untuk tinggalkn plants kalau ada plan untuk travel ke mana2.. My parents gave me this idea, mula2 nk beli self watering kit yg ada dekat shopee tp memandangkan sibuk tak sempat nak beli kita cuba cara murah ni senang sgt. Make sure guna mata drill yg paling kecil dan sengetkan angle botol air tu. #traveltips #plantmoms #plants #ighometourmalaysia #homedecormalaysia #fyp
Sumber: TikTok via @arboldhome