Silap “Server”, Peminat Coldplay Pelik “Que” Beli Tiket “Smooth” Rupanya Terbeli Tiket d’Masiv
Perang tiket bagi konsert Coldplay bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah negara jiran Indonesia juga turut mengalami perkara yang sama.
Di samping isu ulat tiket dan harga tiket yang dijual semula keterlaluan, ada juga insiden rare yang turut meraih perhatian.
Seperti yang tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah membuat perkongsian berkenaan seorang peminat kumpulan muzik terkenal itu tersilap beli tiket.
Kejadian lucu itu telah dikongsikan oleh seorang peminat di Twitter dengan menggunakan nama @45journals.
Pengguna itu menceritakan kisah menariknya sewaktu perjuangannya untuk membeli tiket Coldplay yang berakhir dengan tragedi lucu dan menyedihkan.
Peminat itu berkongsikan tangkap layar skrin perbualannya dengan seorang rakannya. Kedua-duanya dilihat berkomunikasi antara satu sama lain di tengah-tengah peperangan membeli tiket Coldplay itu.
Dalam salah satu tangkap layar yang dikongsi oleh rakannya, rakannya berkata bahawa pautan itu akan memasuki barisan untuk pembelian tiket konsert Coldplay.
Rakannya itu kemudiannya menunjukkan tangkap layar skrin giliran tiket pula. Dia dipercayai mengikut barisan pembelian dengan anggaran masa 8 jam 11 minit seramai 24,600 orang beratur dihadapannya.
Namun tanpa disangka, pautan itu ternyata bukanlah tempat jualan bagi tiket konsert Coldplay, tetapi konsert d’Masiv. Rakannya terus emosi dan dalam pada masa yang sama ketawa lucu mengenangkan apa yang terjadi.
Melihat respon rakannya itu, peminat tersebut kemudiannya mendedahkan perasaan aneh sejak awal proses pembelian tersebut. Dia berasa pelik bagaimana rakannya boleh mendapatkan barisan pembelian tiket Coldplay dengan sangat pantas.
Pautan yang salah rupanya
Ternyata alasannya kini sudah terjawab kerana pautan yang diberinya adalah pautan tiket konsert yang salah.
“Pautan yang salah, akhirnya berada di barisan pembelian tiket d’Masiv. Tidak hairanlah perasaan aneh saya berkata bahawa barisan itu benar-benar pantas,” tulis peminat itu menerusi ciapan berkenaan.
Perkongsian peminat itu di Twitter telah menarik perhatian netizen dan menyebabkan ciapan itu tular.
Sehingga berita ini ditulis, ciapan itu telah mendapat ribuan tanda suka dan lebih 10k diciap semula oleh pengguna media sosial tersebut.
BACA: Khairul Aming Kongsi Tips Beli Tiket ‘Standing’ Konsert Coldplay
Netizen turut membanjiri ruangan komen dengan kejadian yang berlaku kepada dua sahabat itu.
“Ia benar-benar kelakar,” tulis seorang netizen.
“Coldplay dengan d’Masiv itu jauh beza dik,” tulis seorang lagi,
salah link berakhir ikut antrian dmasiv bukan coldplay, pantes kata gue kok ni antrian cepet bgt
from this to this pic.twitter.com/VWyQ42n1gr
— sel 🙇🏻♀️ (@45journals) May 19, 2023
Sumber: Suara.com