Siakap Keli
cara Pes bawang putih tahan lama
Kredit TikTok via @izyanmusa

“Tahan Sebulan Dua,” Wanita Kongsi Cara Mudah Nak Bagi Pes Bawang Putih Tahan Lama

“Tahan Sebulan Dua,” Wanita Kongsi Cara Mudah Nak Bagi Pes Bawang Putih Tahan Lama

Masakan daripada air tangan isteri mampu mengikat selera sang suami untuk sentiasa makan masakan di rumah.

Justeru pelbagai teknik dan cara digunakan oleh para isteri untuk memastikan setiap masakan yang dihidangkan itu mampu menepati cita rasa sang suami.

Walaupun pada masa ini kaum isteri kebanyakan turut bekerja, tanggungjawab dirumah masih lagi mereka jalankan. Dari mengemas rumah, memasak sehinggalah menjaga anak.

Oleh itu, para isteri sekarang menjadi lebih kreatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

Terutamanya dalam bab masak-memasak, para isteri sekarang yang sibuk bekerja sering melakukan persiapan awal bagi memasak hidangan makanan kesukaan keluarga.

Sebagai contoh, istilah ‘prep’ sudah tidak asing bagi kaum isteri yang sibuk bekerja. Segala barangan masakan yang boleh disediakan awal akan dilakukan oleh mereka terlebih dahulu. Apabila nak masak cuma tinggal ambil sahaja dari dalam peti.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok yang menggunakan nama @izyanmusa.

Video perkongsian wanita itu menunjukkan tips yang dilakukannya untuk membuat pes bawang putih supaya tahan lebih lama.

Menurutnya, jika bawang putih dikisar dengan air, maka bahan kisar tadi tidak akan bertahan lama. Paling lama pun ia akan bertahan seminggu apabila diletakkan di dalam peti ais.

Kredit TikTok

Warna pes akan berbeza jika menggunakan minyak dan air

Bahan kisar tadi juga akan bertukar warna dan mula berbau busuk dan masam.

Kalau anda seorang yang kerap masak dengan banyak maka teknik kisar ini boleh digunakan.

Namun jika anda mahukan pes bawang putih tadi tahan lama, maka teknik kisar dengan minyak boleh dilakukan.

Kredit TikTok

Apabila anda menggunakan teknik ini, maka bawang putih yang dikisar tadi akan bertahan untuk tempoh sebulan jika diletakkan di dalam peti ais.

Warna bahan kisar guna minyak turut putih tidak bertukar warna walaupun sudah lama diletakkan di dalam peti sejuk.

Kredit TikTok

“Better letak minyak, boleh tahan sebulan dua. Letak peti ais bawah,” tulis kapsyen muat naik wanita berkenaan.

Perkongsian wanita itu turut mendapatkan reaksi pelbagai serta komen daripada pengguna media sosial yang lain.

Kredit TikTok
Kredit TikTok
Kredit TikTok

Diharap dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca untuk memudahkan proses memasak sewaktu di rumah.

BACA: Budak 4 Tahun Maut Akibat Sesak Nafas, Terjerut Ketika Bermain Di Istana Mainan

@izyanmusa

Replying to @najmiiena better letak minyak boleh tahan sebulan dua . Letak peti ais bawah 🥰 #myfoodiesharing

♬ original sound – Izyanmusamasak – Izyanmusamasak

Sumber: TikTok via @izyanmusa

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.