Siakap Keli
gunung berapi merapi meletus
Gambar: DEVI RAHMAN / AFP

Gunung Merapi Dilapor Meletus Lagi

Gunung Merapi Dilapor Meletus Lagi

JAKARTA —  Salah satu gunung berapi yang paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi dilaporkan meletus hari ini, lapor AFP.

Difahamkan, letusan berkenaan menyebabkan lahar dari kawah gunung berapi itu muntah sehingga lebih dua kilometer jauh.

Menurut Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Agus Budi Santoso, puluhan gegaran kecil telah direkodkan berkaitan Gunung Merapi itu.

“Sejak kebelakangan ini, Gunung Merapi dilaporkan lebih aktif. Namun, peningkatan gegaran itu sering berlaku di lokasi berkenaan.

“Gunung Merapi terletak hanya 28 kilometer (17 batu) dari utara ibu kota wilayah Yogyakarta,” katanya.

Pihak berkuasa tempatan juga telah menutup kawasan tersebut sehingga tujuh kilometer  pada tahun 2020 berikutan berlaku peningkatan aktiviti gunung berapi. Ia bagi mengelakkan sebarang risiko yang berlaku terhadap kampung di sekitarnya.

Tambah Santoso, perkembangan berhubung gunung tersebut kini sedang dipantau rapi oleh pihaknya.

“Lava dari letusan gunung Merapi melalui zon berkenaan dengan baik,” kata Santoso.

Sementara itu, dalam laporan Detik.com turut memaparkan perkembangan aktiviti gunung tersebut. Dalam video berkenaan mendedahkan kepulan asap hitam di puncak gunung Merapi.

Jelas Santoso lagi, hasil data pemerhatian mendapati letusan berlaku pada jam 8.04 pagi waktu tempatan.

“Pada jam 8.04 pagi, gunung berkenaan telah meletus dan mengeluarkan lava sehingga dua kilometer ke Sungai Bebeng. Terdapat 11 laluan lava dipantau dan bergerak sehingga 1,800 meter menghala ke Kali Bebeng,” katanya pada Ahad lalu.

Berikutan itu, beliau menasihati agar orang ramai untuk tidak mendekati kawasan berisiko termasuk di kawasan Sungai Boyong dan Sungai Woro di Tenggara sejauh 3 kilometer. Manakala Sungai Gendol sejauh 5 kilometer.

BACA JUGA: Boleh Didengari Sehingga Di Australia, Letusan Gunung Berapi Krakatau 1883 Rekod Bunyi Letupan Terkuat Dalam Sejarah

Untuk makluman, amaran Gunung Merapi yang dikeluarkan pada 2020 lalu masih dikekalkan pada tahap kedua tertinggi berikutan berlaku peningkatan aktiviti gunung berapi.

Kali terakhir gunung berapi itu meletus dengan kuat adalah pada tahun 2010. Letusan berkenaan menyebabkan lebih 300 orang terkorban. Manakala sekitar 280,000 penduduk terpaksa dipindahkan dari kediaman mereka.

Dalam sejarah letusan Gunung Berapi Merapi, letusan paling dahsyat pernah direkodkan adalah pada tahun 1930 yang mengorbankan kira-kira 1,300 orang.

Sumber: AFP, Detik.com 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?