Siakap Keli
tipu pakej umrah pdrm
Gambar: Bernama

Tipu Pakej Umrah: PDRM Terima Lebih 100 Laporan Sejak Januari

Tipu Pakej Umrah: PDRM Terima Lebih 100 Laporan Sejak Januari

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima 105 laporan di seluruh negara sejak Januari tahun ini berhubung penipuan pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah syarikat.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata sehingga kini, polis sudah membuka enam kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

BACA JUGA: Tipu Pakej Umrah: Pengarah Urusan Syarikat Dipenjara 10 Tahun

“Hasil siasatan mendapati syarikat berkenaan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM3,932,440.68,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini, media melaporkan syarikat umrah berkenaan sedang mengemas kini jadual umrah dan membuat pembayaran balik kepada bakal jemaah yang terjejas penerbangan mereka.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.