Siakap Keli
Aiskrim termahal di dunia
Kredit Guinness World Records

Bernilai Lebih RM30k, Aiskrim Berperisa Byakuya Ditabalkan Sebagai Aiskrim Termahal Di Dunia

Bernilai Lebih RM30k, Aiskrim Berperisa Byakuya Ditabalkan Sebagai Aiskrim Termahal Di Dunia

Aiskrim berperisa Byakuya ditabalkan sebagai aiskrim termahal dunia dan dijual pada harga USD6,600 (RM30,171) bagi setiap hidangan, lapor New York Post.

Sebuah syarikat aiskrim di Jepun dilaporkan telah menggunakan beberapa bahan yang sukar dijumpai dan mewah untuk menjadikan ais krim tersebut paling mahal di dunia.

Jenama dari Jepun, Cellato mendapat penghargaan aiskrim paling mahal di dunia selepas Guinness World Record mengumumkan kemenangan yang memecahkan rekod tersebut.

Makanan manis yang mahal itu diperbuat daripada truffle putih yang di tanam di Alba, Itali. Ia merupakan bahan makanan istimewa yang jarang ditemui dan bernilai kira-kira USD6,905 (RM31,500) setiap paun.

Pencuci mulut yang terkenal itu juga dicampurkan dengan bahan seperti Parmigiano Reggiano dan sake lees (atau dikenali sake kasu). Sake merupakan produk daripada Jepun yang memiliki kandungan alkohol sebanyak 8%.

Cellato mengembangkan resepi itu dengan kerjasama Tadayoshi Yamada, ketua chef di restoran terkenal Osaka RiVi. Pembuatan aiskrim itu juga dilaporkan menggabungkan rasa Eropah dan Jepun untuk mendapatkan rasa yang unik.

Menurut Guinness, ia mengambil masa selama satu tahun setengah untuk menyempurnakan rasa itu.  Begitu “banyak percubaan dan kesilapan yang dilakukan untuk mendapatkan rasa yang diinginkan,” menurut wakil Cellato.

“Mendapat penghargaan Guinness World Records telah menjadikan usaha itu berbaloi,” tambahnya.

Aiskrim Byakuya mempunyai rasa kompleks yang mewah

Seorang wakil Cellato memberitahu Guinness World Records bahawa pasukannya menyifatkan rasa yang ‘kompleks’ itu sebagai sesuatu yang mewah.

Cellato juga turut dilaporkan merancang untuk mengeluarkan produk dengan kombinasi bahan-bahan mewah yang lain seperti Champagne dan kaviar.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, seorang kanak-kanak yang memiliki kemahiran menimang bola dengan baik berjaya mencatatkan rekod dunia Guinness baru-baru ini.

Tang Jinfan, 10, yang berasal dari China itu berjaya menimang bola sebanyak 8,147 kali sekaligus berjaya meraih rekod jumlah timangan bola paling banyak dalam tempoh sejam.

Menurut laman web Guiness, Tang mula mengenali sukan menimang bola sejak menyertai kem bola sepak musim panas di sekolahnya. Kemudian, dengan bimbingan jurulatih, Lin Xiaozhong, dia mula mengasah bakat dan menguasai teknik menimang bola dengan lebih baik.

Sejak itu, Tang mempamerkan kemahiran yang menakjubkan dan ketahanan luar biasa mengendalikan bola dalam tempoh yang lama.

Sumber: New York Post

Syed Faisal Sayed Muhammad