Siakap Keli
tips cari lagu
Kredit: FB Wiser.my

Cari Lagu Tapi Lupa Tajuk? Bunyikan Rentak Je Google Boleh Detect

Cari Lagu Tapi Lupa Tajuk? Bunyikan Rentak Je Google Boleh Detect

Pernah tak tiba-tiba teringat kepada sesebuah lagu tetapi tak ingat tajuk? Walau sedaya upaya cuba untuk mengingatinya namun masih gagal.

Selain mengingatinya sendiri, kita mesti akan meminta pertolongan dengan orang ramai yang berada di sekeliling dan sekiranya terpaksa, kita akan memaksa mereka untuk carikan lagu tersebut.

Kadang-kadang kita cuma ngat bahagian korus lagu sahaja tetapi itu juga tidak memadai. Selepas menggunakan tempat carian, usaha masih gagal juga.

Kalau korang nak tahu, sebenarnya kita boleh dapatkan tajuk lagu yang lupa itu dengan hanya menggunakan Google.

Cari lagu guna google

Menerusi perkongsian Wiser.my di Facebook, walaupun lagu itu kita tidak ingat perkataannya, kita juga boleh mencari dengan hanya bersenandung dan gunakan melodi lagu.

Teknik ini juga boleh digunakan untuk mereka yang mahu mencari lagu-lagu lama pada zaman 90-an dan lebih menarik lagi, bukan setakat lagu English sahaja, Bahasa Melayu pun boleh.

Secara teknikalnya, pelbagai bahasa boleh digunakan untuk mencari lagu guna tetapan Google.

Tetapi bagaimana dengan caranya? Ikuti perkongsian di bawah ini.

BACA: Ini Rupanya Maksud Tersirat Lagu ‘Air Pasang Pagi’

Cara-cara cari lagu di Google

Kredit: FB Wiser.my

Yang pertama, muat turun aplikasi Google di App Store atau Play Store.

Kemudian, buka aplikasi Google itu dan tekan ikon microphone.

Selepas itu, tekan di bahagian search song. Di bahagian itu, pengguna diminta untuk menyanyikan sedikit melodi lagu supaya aplikasi itu mendapat sedikit bayangan berkaitan dengan lagu yang dimahukan.

Kredit: FB Wiser.my

Sekiranya tidak mengingati lagu tersebut, gunakan teknik bersenandung untuk sampaikan lagu itu.

Keputusan yang ditunjukkan sememangnya tepat dengan lagu yang dinyanyikan walaupun hanya bersenandung.

Dekat bahagian keputusan penuh, Google akan tunjukan tajuk lagu tersebut beserta dengan lirik lagu.

Kalau dulu, kita sering menggunakan aplikasi Shazam untuk mengetahui tajuk lagu.

Walau bagaimanapun, aplikasi itu tidak boleh digunakan dengan cara bersenandung, seperti aplikasi Google.

Untuk tahu lebih lanjut, ikuti video Wiser.my di Facebook.

Selamat mencuba!

Sumber: Wiser.my

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.