Pasangan Di Hungary Paling Bahagia Di Dunia, Malaysia Kedua
BUDAPEST — Menerusi satu kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Wrocław di Poland mengumumkan Hungary sebagai negara yang mempunyai pasangan paling bahagia di dunia, lapor Daily Mail.
Dalam kajian yang dilakukan ke atas pasangan dari 45 negara di enam benua mendedahkan Hungary muncul sebagai negara pasangan paling bahagia.
Kajian tersebut dilakukan bagi melihat tentang perasaan mereka terhadap pasangan masing-masing
Hungary mendahului senarai skor cinta dengan purata 7.94, diikuti Malaysia dan Portugal masing-masing dengan skor purata 7.88. Sementara itu, Pakistan merekodkan pasangan paling tidak bahagia dengan skor cinta 6.49.
Para pengkaji membuat hipotesis bahawa terdapat hubungkait positif antara hubungan pasangan dengan bagaimana sesebuah negara membangun.
“Menerusi data dari hasil kajian, kami berpendapat bahawa proses modenisasi berkemungkinan mempengaruhi pengalaman bercinta terhadap pasangan.
“Kami juga mendapati bahawa perasaan kasih sayang juga berkait dengan faktor biologi,” menurut kajian itu.
Sementara itu, dalam satu kajian lain baru-baru ini turut mendedahkan bahawa pasangan akan lebih serasi selepas mengadakan pertemuan selama dua minit.
BACA JUGA: Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Bahagia Di Asia Tenggara
Lebih 9,000 responden dari seluruh dunia telah dinilai bagi mendapatkan pandangan berhubung kajian yang dilakukan. Mereka diminta memberikan “rating” dari satu hingga sembilan mengenai perasaan mereka terhadap pasangan masing-masing.
Berikut adalah senarai negara dengan pasangan paling bahagia:
Tempat pertama diduduki oleh Hungary, kemudian, Malaysia, Portugal, USA, Italy, Slovenia, Mexico, India, Australia dan Poland.

Manakala bagi negara dengan paling tidak bahagia termasuklah Pakistan, Uganda, Korea Selatan, Jordan, Austria, Jerman, Nigeria, Vietnam, Turki dan China.

Malaysia Negara Kedua Paling Bahagia Di Asia Tenggara
Sebelum ini, menurut Laporan Kebahagiaan Dunia, Malaysia muncul sebagai negara kedua paling bahagia di Asia Tenggara selepas Singapura.
Kedudukan itu diketahui selepas Malaysia meraih skor sebanyak 6.012 mata dan disenaraikan pada tangga ke-55 di peringkat global. Manakala Singapura pula meraih skor 6.587 mata dan berada di tangga 25 dunia.
Sumber: Daily Mail UK