Siakap Keli

Mesyuarat JKPS – HLC Diwujudkan Bagi Terajui Pembangunan Bakat Sukan Berprestasi Tinggi

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana  Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet  Pembangunan Sukan (JKPS) Bil. 1/2023 pada hari ini. Mesyuarat  ini berperanan untuk menyelaras dan memperkemas sistem  penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan. Ia  termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi  mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara  bersukan (sporting nation).

Bagi memastikan negara tidak ketinggalan dan seiring dengan  negara-negara yang mempunyai pembangunan sukan yang maju,  satu jawatankuasa peringkat tertinggi (HLC) diwujudkan dengan dipengerusikan oleh TPM bagi menerajui Pembangunan Bakat  Sukan Berprestasi Tinggi yang bertujuan untuk mereformasi sukan. HLC ini akan memberi tumpuan kepada model pembangunan bakat bagi sukan tempur, olahraga dan renang dengan kerjasama  Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Pendidikan  Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  

Dalam masa yang sama, HLC ini akan melihat kepada mencungkil  bakat di kalangan anggota tentera dan penguat kuasa melalui  Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). 

 Sebanyak tiga (3) kertas pertimbangan dibentang dan dibincangkan  kan dalam mesyuarat JKPS hari ini, iaitu: 

  1. Semakan Semula Keanggotaan, Terma Rujukan dan  Tatakelola JKPS; 
  2. Prestasi Kontinjen Negara di Sukan SEA Cambodia 2023  Serta Cadangan Pelaksanaan Program Penyediaan Atlet Ke  Arah Temasya Sukan SEA 2025 dan Sukan SEA 2027  Merentasi Kementerian; dan
  3.  Cadangan Penubuhan Malaysia Sport Integrity (MSI).

Di samping itu, Mesyuarat juga bersetuju untuk mempelawa GLC  bagi membiayai program-program sukan. Hal ini adalah bagi  memangkinkan pembangunan sukan melalui penglibatan pelbagai  pemegang taruh terutamanya pihak GLC. 

Kerajaan juga amat peka dengan kos dan bil kesihatan penjawat  awam yang semakin meningkat. Justeru kerajaan akan  menawarkan langkah preventive iaitu semua kementerian perlu  memperuntukkan waktu untuk kakitangan kerajaan melaksanakan  aktiviti sukan dan riadah setiap minggu. 

Melalui Mesyuarat JKPS, isu-isu berkaitan sukan dapat  dibincangkan dalam platform ini secara aktif dan berkesan serta  dapat diperluas untuk dilibatkan semua agensi Kerajaan dan NGO  ke arah memperkasakan pembangunan sukan secara inklusif ke  arah melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera. 

Perancangan dan pelaksanaan inisiatif berkaitan memerlukan  kerjasama semua pemegang taruh dalam menjayakan hasrat  kerajaan seperti tergaris dalam Dasar Sukan Negara (DSN) dan  Visi Sukan Negara 2030 (VSN2030).

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.