Siakap Keli
cara wafel gebu
Kredit: Facebook Nonie Nuar

Tak Susah, Ini Cara Buat Wafel Gebu

Tak Susah, Ini Cara Buat Wafel Gebu

Wafel merupakan snek hidangan yang paling popular dalam kalangan para pelajar kerana harganya berpatutan selain mempunyai perisa yang pelbagai.

Makanan ringan itu sedap dinikmati di waktu petang bersama secawan teh sambil melihat pemandangan alam di luar rumah.

Pun begitu, tidak ramai yang tahu cara membuat wafel dan kemungkinan ada yang berpendapat makanan itu susah untuk dibuat di rumah.

Namun, sebenarnya tidak susah untuk membuat wafel yang gebu dan rangup di luar. Paling penting, perlu mempunyai perkakasan elektronik pembuat wafel supaya dapat menghasilkannya serupa dengan gambar.

Pengguna Facebook, Nonie Nuar berkongsi dengan orang ramai cara untuk menghasilkan wafel, yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Bahan mudah didapati

Difahamkan, hanya beberapa bahan sahaja yang diperlukan iaitu tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat, gula dan garam, susu segar, minyak, telur dan esen vanila.

Bahan-bahan tersebut sangat mudah untuk didapati di pasar raya berdekatan dengan rumah anda.

Selepas siap menyediakan bahan mengikut sukatan yang ditetapkan, boleh mula untuk membakar menggunakan pembuat wafel.

Ikuti resipi di bawah untuk mendapatkan wafel yang gebu.

Resipi wafel

Kredit: Facebook Nonie Nuar

1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil serbuk penaik

1/2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu besar gula

1/3 sudu kecil garam

(Kacau kesemua bahan ini hingga sebati)

Dalam mangkuk yang berasingan

1 cawan susu segar

3 sudu besar minyak

1 biji telur

2 sudu kecil esen vanila

(Kacau kesemua bahan ini hingga sebati mengunakan pemukul)

Campur bahan susu tadi ke dalam adunan tepung dan kacau sebati

Selepas kedua-dua adunan dicampur, biarkan selama 15 hingga 30 minit supaya ia kembang.

Kemudian, sebelum meletakkan dalam pembuat wafel, sapukan mentega atau planta supaya adunan itu tidak lekat pada perkakasan elektrik tersebut.

Tuang satu atau dua senduk adunan, dan tutup pembuat wafel itu.

Tunggu sehingga ia masak dengan ketetapan masa yang dibuat.

Hidangkan wafel tersebut dengan perisa yang diingini seperti coklat, mentega kacang, strawberi dan sebagainya

Siap untuk dihidang! Semoga resepi kali ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba!

Sumber: FB Masak Apa Hari Ini

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana