Siakap Keli
Majlis berkhatan kucing
Gambar: Kompas & Eka Rima/detikJatim

Pasangan Ini Buat Majlis Berkhatan Untuk Tiga Kucing Kesayangan, Kos Cecah Ribuan Ringgit

Pasangan Ini Buat Majlis Berkhatan Untuk Tiga Kucing Kesayangan, Kos Cecah Ribuan Ringgit

JAKARTA — Sepasang suami isteri dilaporkan mengadakan majlis berkhatan untuk tiga ekor kucing kesayangan mereka di Desa Kluncing, Kecamatan Licin, Kabupaten Banyuwangi, Indonesia pada Ahad lalu.

Memetik Detik.com, Bokianto, 41, dan isterinya Indrawati ,51, mengadakan majlis tersebut untuk kucing mereka yang bernama Cipak, Cipung dan Ciko.

Difahamkan, pasangan tersebut telah memanggil penduduk sekitar termasuk orkestra dan muzik jalanan sebagai hiburan kepada tetamu.

Menurut Indrawati, majlis berkhatan itu dilakukan bersempena dengan nazarnya pada suatu ketika dahulu.

“Saya telah penuhi impian saya untuk berkhatan tiga ekor kucing saya. Nazar saya ketika membela kucing sejak kecil. Kalau semuanya kucing jantan, semua akan disunatkan,” katanya.

Kos Perbelanjaan Majlis Berkhatan

Walau bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kos yang dibelanjakan untuk mengadakan majlis berkenaan, pasangan terbabit tidak menjelaskan secara spesifik.

BACA JUGA: Kena Panggil Balik Rumah, Gelagat Oyen Berenang Redah Banjir Buat Ramai Terhibur

Mereka hanya menyatakan kos tersebut mencecah ribuan ringgit (puluhan juta rupiah).

“Saya membayar orkestra dan muzik jalanan. Duit ini telah lama saya kumpulkan sehingga tahun 2023,” katanya.

Maklum Indrawati, salah seekor kucing itu telah disunatkan terlebih dahulu sebelum majlis. Manakala dua ekor lagi dilakukan sewaktu majlis sambutan berkenaan.

Dalam pada itu, Indrawati turut memberitahu bahawa haiwan itu telah dimandulkan di hospital.  Berita majlis berkhatan ini juga turut menarik perhatian para netizen.

Cipak, Cipung dan Ciko

Jelas pasangan itu, ketiga-tiga kucing berkenaan merupakan kucing tempatan dan telah dibela oleh mereka kira-kira tujuh bulan lalu. Haiwan tersebut dijumpai di hadapan rumah mereka ketika masih bayi.

Walaupun, haiwan itu merupakan “kucing angkat” tetapi mereka mengakui sangat menyayangi Cipak, Cipung dan Ciko seperti anak sendiri.

Untuk makluman, majlis kesyukuran itu turut menggunakan kad jemputan yang tertera nama tuan rumah dan tiga ekor kucing mereka.

BACA JUGA: Tak Biasa, Gelagat Oyen Pertama Kali Jejak Rumput Buat Ramai Terhibur

Sumber: Detik.com

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?