Siakap Keli
Arah kiblat surau Pavilion
Kredit Facebook

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Hantar Unit Falak, Tanda Arah Kiblat Surau Pavilion

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Hantar Unit Falak, Tanda Arah Kiblat Surau Pavilion

Tular sebuah hantaran yang menunjukkan beberapa pengunjung sedang solat di sebuah surau yang dipercayai terletak di Pavilion dalam keadaan tidak sama arah kiblat.

Ekoran hantaran tular tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) telah bertindak pantas. Mereka telah menanda arah kiblat terkini di surau yang dipercayai terletak di Pavilion, Kuala Lumpur tersebut.

Tindakan pantas itu dibuat oleh PMWP selepas hantaran pengacara terkenal Fedtri Yahya yang dimuat naik di laman Facebook miliknya tular di media sosial.

Hantaran itu menunjukkan pengunjung yang datang ke surau berkenaan solat dalam pelbagai arah kiblat yang berbeza.

Menerusi kenyataan yang dibuat PMWP di laman Facebook mereka pada petang semalam, beberapa petugas telah dikerahkan untuk melihat sendiri arah kiblat tersebut.

“Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) hari ini melakukan semakan dan penandaan arah kiblat di surau Pusat Membeli Belah Pavilion Kuala Lumpur.

“Semakan dibuat berikutan tular di media sosial semalam berkenaan isu arah kiblat di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur,” tulis muat naik hantaran Facebook berkenaan.

Arah kiblat yang baharu telah dilakukan oleh PMWP

Petugas itu juga kemudiannya dilihat melakukan penelitian berkenaan arah kiblat yang sebenarnya di surau pusat beli-belah tersebut. Mereka kemudiannya menandanya di siling surau berkenaan.

Tambah hantaran itu lagi, permohonan penentuan dan semakan arah kiblat bagi premis-premis di Wilayah Persekutuan juga boleh dilakukan oleh semua pemilik premis.

Pemilik premis hanya perlu melakukan permohonan mereka menerusi Sistem e-Kiblat PMWP.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Terdahulu, pada 28 Mei 2023 bersamaan Ahad 8 Zulkaedah 1443 lalu merupakan fenomena Istiwa A’dzam.

Apa itu Istiwa A’dzam?

Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah di mana matahari akan berada di titik zenith ketika istiwa’.

Fenomena ini dikatakan berlaku hanya dua kali dalam setahun. Ia berlaku apada nilai sudut istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.

Oleh itu, seluruh umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di premis atau kediaman masing-masing.

Sumber: Facebook/Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka