Siakap Keli
loceng rumah atap zink
Kredit: TikTok

Pemilik Rumah Kreatif, ‘Cipta’ Loceng Unik Guna Atap Zink, Abang Rider Tahan Gelak Tekan

Pemilik Rumah Kreatif, ‘Cipta’ Loceng Unik Guna Atap Zink, Abang Rider Tahan Gelak Tekan

Seorang penghantar kurier terhibur apabila melihat ‘loceng pintu’ unik yang diperbuat kepingan atap zink ketika menghantar bungkusan ke rumah tersebut.

Menurut kebiasaannya, para penghantar bungkusan mahapun pesanan makanan, mereka akan mengetuk pintu rumah terlebih dahulu untuk mengetahui keberadaan tuan rumah di dalam kediamannya.

Perkara ini merupakan kelaziman bagi sesetengah kurier yang memerlukan sama ada tandatangan penerima ataupun duit bayaran daripada COD (cash on delivery).

Jika rumah tersebut mereka memiliki loceng pintu, mereka akan menekan loceng pintu kerana ia lebih mudah dan tidak menyakitkan tangan.

Selain itu, mereka juga menghormati keputusan tuan rumah yang mungkin menginginkan ketenangan dan tidak mahu menganggu jiran tetangga akibat bunyi ketukan pintu yang agak kerap.

@dekorasi_rumah_idaman

bel nya 😁😁

♬ suara asli – dekorasi_rumah_idaman – dekorasi_rumah_idaman

Walau bagaimanapun, tidak semua orang mampu memasang loceng rumah, lebih-lebih lagi loceng rumah ini biasanya memerlukan kos pemilikan yang tinggi.

Untuk makluman, loceng rumah perlu dipasang pada plag di dinding rumah dan menggunakan elektrik secara sepenuh masa.

Tuan rumah sangat kreatif, cipta loceng rumah bersifat ‘2D’ dari atap zink

Sungguhpun begitu, ada seorang warga Indonesia memuatnaik video pengalamannya melihat ‘loceng rumah’ yang agak unik.

Ketika berada di hadapan sebuah rumah untuk menghantar bungkusan, dia melihat dinding rumah tersebut diperbuat dari atap zink.

Tiba-tiba, dia melihat satu benda yang menarik pada dinding rumah tersebut berupa lakaran bentuk petak dan bulat ditengahnya.

Berdekatan dengan imej tersebut adalah ‘BELLLLL’ dan satu anak panah yang menunjukkan arah untuk ‘menekan suis’ loceng berkenaan.

loceng rumah atap zink
Kredit: TikTok

Apabila melihat lakaran tersebut, pekerja kurier terbabit mengikui arahan pada gambar rajah tadi dengan ‘menekan butang’ pada ‘loceng berkenaan.

Semasa ‘butang 2D’ itu ditekan, zink tersebut menghasilkan ‘bunyi loceng’ yang agak kuat, tetapi tuan rumah masih belum memunculkan dirinya.

Dengan sedikit tertawa, lelaki tersebut sekali lagi mencuba nasibnya dengan menekan ‘loceng pintu 2D’.

Video ‘loceng rumah buatan sendiri’ itulah telah menghiburkan pengguna TikTok. Rata-rata, mereka tertawa kerana melihat situasi lucu yang dihadapi oleh penghantar kurier tersebut.

Ada juga yang berpendapat tindakan tuan rumah itu bijak dan kreatif kerana dapat menghasilkan loceng pintu bebas elektrik tetapi mampu menghasilkan bunyi yang ‘padu’.

loceng rumah atap zink
Kredit: TikTok

BACA: Tips Mudah, Set Macam Ni Nak Elak Orang “Add” Masuk “Group” Telegram Bukan-bukan

Sumber: dekorasi_rumah_idaman via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma