Siakap Keli
Cara tanam sawi
Gambar: Azuan Abdullah

Puas Hati Tengok, Ini 9 Tips Tanam Sawi Agar Tumbuh Segar & Berkualiti

Puas Hati Tengok, Ini 9 Tips Tanam Sawi Agar Tumbuh Segar & Berkualiti

Sayur-sayuran merupakan makanan yang penting kepada tubuh badan kita. Bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan malah ia dapat memberikan nutrisi dan zat yang terkandung di dalamnya.

Oleh itu, ramai masyarakat lebih memilih untuk menanam sayur-sayuran di halaman rumah mereka. Perkara ini sememangnya satu alternatif yang bijak di samping dapat mempelajari ilmu bercucuk tanam.

Antara sayur-sayuran yang popular ditanam oleh komuniti termasuklah Sawi. Mengapa orang memilih untuk menanam sayur ini di rumah mereka adalah disebabkan banyak digunakan dalam masakan.

Namun, masih ramai sebenarnya yang belum mengetahui cara untuk menanam sayuran ini agar hasilnya lebih berkualiti dan sihat serta hijau. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Azuan Abdullah di bawah.

Sembilan Tips Tanam Sawi Super Duper Gemok!

Gambar: Azuan Abdullah

Lepas Jumaat semalam, biras ajak makan nasi ulam budu kat rumah dia. Tak tahu nak bawa apa sebagai buah tangan, saya pun cabut la 2 pokok sawi di belakang rumah.

Bila timbang 2 pokok sawi tu, bacaan pada penimbang adalah 1231 gram. Ya sahabat, 1.2 kg untuk 2 pokok sawi.

Dia punya rasa teruja dan seronok tu tak boleh nak luah macam mana. Mereka yang ada jiwa kebun sahaja boleh tafsir perasaan tu.

Baik, saya kongsi tips macam mana saya tanam sawi yang super duper gemok tu.

BACA JUGA: Jana Pendapatan Lepas Bersara, Lelaki Kongsi Tips Tanam Petai Hingga Dapat Hasil Lumayan

Pilih Kawasan Yang Sesuai
Pastikan tapak yang kita pilih tu dapat cahaya matahari yang optimum. Eloknya dapat sinaran matahari dari pukul 7.30 pagi hingga 5 petang.

Tanam Dalam Petak Tanaman Yang Dibuat Khas
Saya buat petak tanaman daripada batu bata. Saiz yang sesuai adalah 3 kaki lebar dan 8 inci tinggi. Panjang ikut kesesuaian kawasan. Nak tanam dalam tayar pun boleh. 

Guna Tanah Campuran Sebagai Media Tanaman
Saya buat sendiri tanah campuran dengan nisbah 70 peratus pasir + 20 peratus tanah + 10 peratus organic.

Gambar: Azuan Abdullah

Pilih Benih Sawi Yang Berkualiti.
Saya guna sawi giant. Semai dulu benih dalam tray semaian. Bila usia 15 hari, baru pindah dalam petak tanaman.

Tanam Dengan Jarak Yang Sesuai
Tanam dengan jarak yang sesuai supaya pokok dapat berkembang dengan baik. Saya tanam dengan jarak 8 -12 inci.

Tanam Pada Waktu Petang
Tanam pada waktu petang supaya pokok tak jadi stress akibat kena cahaya yang berlebihan. Jika pokok layu, ia boleh merencatkan tumbesaran pokok. Lepas tanam terus siram hingga media basah.

Guna 3 Kaedah Pembajaan
Guna 3 kaedah pembajaan supaya pokok dapat bekalan nutrient yang cukup dan seimbang, Kaedah alur, Kaedah siraman dan Foliar

Kaedah alur
Baja ditabur di dalam alur yang dibuat antara pokok. Saya guna baja organic. Nak guna baja NPK 15.15.15 pun boleh.

Cuma, baja organic ni boleh buat pokok kita rasa lebih manis dan crunchy.

Kekerapannya 2 kali sahaja, pada minggu pertama dan minggu ketiga. Anggaran kuantiti lebih kurang 15 – 20 gram sepokok.

Gambar: Azuan Abdullah

Kaedah siraman
Saya guna baja NPK 18.18.18 + mikro sebagai baja siraman. Nak guna baja AB pun boleh. Anggaran air baja adalah antara 500 – 1000 ml sepokok setiap kali siraman.

Saya siram 2 kali seminggu bermula pada usia 3 hari lepas tanam. Kepekatan siraman bermula pada 1.5 mS dan di naikkan 0.2 mS setiap minggu hingga maksimun 2.0 mS.

Foliar
Foliar ni saya buat semburan 2 kali seminggu bersama sama dengan kawalan perosak dan penyakit. Jenis foliar yang saya gunakan adalah larutan baja NPK larut air 18.18.18 + mikro, plant booster dan fish amino asid.

Jadual kekeparan boleh rujuk tip nombor 9.

BACA JUGA: Ini Tips Tanam Bunga Ros Agar Tumbuh Mekar & Kekal Subur

Saya Siram Secara Manual
Saya siram secara manual guna hos paip je. Buat macam ni sebab nak jimat kos, tak perlu pasang system pengairan.

Siram 2 – 3 kali seminggu bergantung pada kelembapan media dan cuaca. Masa siram, pastikan media tanaman betul betul basah. Ini salah satu sebab saya suka tanam dalam petak tanaman, media boleh pegang air dalam tempoh yang agak lama.

Kawalan perosak dan penyakit dibuat secara serentak dengan semburan foliar. Semburan dibuat pada awal pagi. Kekerapannya 2 kali seminggu sebagaimana kombinasi di bawah.

Kombinasi A: Kawalan organic perosak & kulat + kawalan organic kulat  & bakteria + cuka kayu + larutan baja NPK 18.18.18 + mikro (ec 1.5).

Kombinasi B: Kawalan organic perosak & kulat + kawalan organic kulat & bakteria + plant booster + fish amino asid. 

Alhamdulillah.

Ramai sahabat yang dah berjaya dapat hasil yang ohsem asbab follow tips ni.

Ada juga yang lebih “power” dari saya. Siap dapat 400 gram 1 pokok sawi dalam masa 23 hari lepas tanam. Amazing!

Sahabat, 

Berkebun dapur ni sangat seronok dan ia boleh jadi terapi minda. Boleh hilangkan stress dan kekusutan yang ada dalam jiwa kita.

Dengan berkebun dapur, kita akan dapat kepuasan dan ketenangan yang tidak boleh dibeli di mana-mana.

Cubalah! Sahabat akan rasainya sendiri nanti.

Tolong kongsikan tips ni pada yang lain SEBAB mungkin ianya akan sangat berguna untuk mereka juga.

Sumber:  Azuan Abdullah via Facebook Kumpulan Jom Tanam Sendiri

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: