Otai Masih Berbisa, Safee Sali Sumbat Gol Bantu Benam West Ham 4-2
Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali, 39, yang mengumumkan persaraannya sebelum ternyata masih memiliki sentuhan yang berbisa di depan jaring.
Beliau baru-baru ini berjaya menyumbat satu gol ketika membantu pasukannya, Far East United membenam West Ham 4-2. Pasukan berkenaan kini sedang beraksi dalam pertandingan 7v7 Soccer Tournament (TST) World Championships.
Jaringan itu hadir ketika perlawanan kalah hati yang diadakan di WakeMed Soccer Park di Cary North Caroline, Amerika Syarikat pada petang Khamis.
Safee Sali sumbat gol, bantu benam West Ham
Ledakan gol Safee pada minit ke-36 mengukuhkan kedudukan pasukan dari Filipina itu selepas dua gol pertama dijaringkan oleh Tyler John dan Fellipe Oliveira.
Macam tu je Anton Ferdinand kena makan. Steady SuperSafee! 🔥🔥@ASTROARENA pic.twitter.com/CogQkBjHdL
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 2, 2023
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Safee merupakan satu-satunya pemain dari Malaysia yang beraksi dalam saingan yang berlangsung dari 1-4 Jun. Lebih mengagumkan, Safee juga turun selaku kapten dalam perlawanan tersebut.
Selain Safee, kelab yang ditaja oleh AIA itu turut diperkuat beberapa pemain ternama lain antaranya Schrock dan del Rosario.
Dengan kemenangan tersebut, kelab berkenaan berjaya mara ke peringkat suku akhir dan bakal berentap kelab Culture by Mo Ali FC.
Jurulatih Far East United, Matthew Holland dalam satu kenyataan berkata, kemenangan ini merupakan permulaan hebat bagi pasukannya.
View this post on Instagram
Apatah lagi, kejayaan itu dilakar dengan menewaskan West Ham yang dibarisi oleh deretan pemain terbaik dalam kejohanan tersebut.
Katanya lagi, semua pemain Far East United bekerjasama dan berlatih dengan bersungguh-sungguh. Malah, kelab itu juga mempunyai keharmonian yang baik dan tiada pemain yang cuba menjadi pemain alpha.
Menurut laporan Phil Star, kejohanan tersebut menawarkan hadiah wang tunai sebanyak USD 1 juta (RM 4.59 juta) dan pemenang akan membawa pulang semuanya. Manakala baki 31 pasukan lain yang tewas tidak akan menerima sebarang ganjaran.
Ia dianjurkan buat pertama kali di Amerika Syarikat dan kejohanan bermodelkan Kejohanan Bola Keranjang dengan menampilkan 32 pasukan dari seluruh dunia.
Safee Sali is off to a great start in the seven-a-side Soccer Tournament (TST) World Championships by scoring a goal to help his side, Far East United, beat West Ham 4-2.
The former Malaysian international also captained the side. Their next game is against Culture by Mo Ali FC pic.twitter.com/4U4zzOo3jO
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 2, 2023
BACA: USM Terbaik Asia, Ke-4 Dunia Dalam Ranking Times Higher Education Impact 2023