Siakap Keli
Piza skim pembayaran unik
Kredit RYAN ANDERSON/STUFF

Syarikat Piza Perkenal Skim Pembayaran Unik, Makan Dulu Bayar Lepas Meninggal

Syarikat Piza Perkenal Skim Pembayaran Unik, Makan Dulu Bayar Lepas Meninggal

Sebuah syarikat piza di New Zealand telah memperkenalkan satu skim pembayaran unik yang dinamakan sebagai ‘AfterLife Pay’ yang memerlukan pelanggan makan dulu bayar selepas meninggal dunia.

Memetik Newshub, kempen ‘AfterLife Pay’ terbaru itu telah diperkenalkan oleh Ketua Eksekutif francais Hell Pizza.

Menurutnya, kempen itu adalah bertujuan untuk mempromosikan tanggungjawab kewangan bagi menentang skim beli sekarang, bayar kemudian.

Kempen yang diumumkan oleh Hell Pizza pada Khamis lalu telah menjemput pelanggan terpilih untuk menandatangani pindaan harta dalam wasiat mereka.

Ia bagi membolehkan bayaran piza mereka dikutip selepas pelanggan tersebut meninggal dunia.

Tiada yuran atau bayaran faedah

Kempen itu juga tiada faedah atau yuran yang dikenakan, malah perjanjian itu sah disisi undang-undang.

Ketua Eksekutif Hell Pizza, Ben Cumming memberitahu Newshub bahawa kempen itu menunjukkan ‘bagaimana perasaan kami tentang skim beli sekarang, bayar kemudian”.

Cumming berkata, Hell Pizza telah didekati oleh beberapa syarikat berbeza yang menawarkan skim itu, tetapi beliau menolak tawaran tersebut dan berkata bahawa ia tidak sesuai dengan perniagaannya.

“Ia seperti meminta orang ramai untuk membayar apa yang dipanggil sebagai jamuan dengan pembelian secara impulsif kerana pelanggan tidak semestinya mampu,” kata Cumming.

Tambahnya, berhutang dalam cara yang betul adalah sesuatu perkara yang normal dalam menjalani kehidupan.

Ia sebahagian daripada proses pembelajaran dalam memahami cara pengurusan kewangan. Namun skim beli sekarang, bayar kemudian adalah tidak.

“Industri ini tidak dikawal pada masa ini, jadi tidak ada penilaian kemampuan yang dijalankan dan mendapat kelulusan untuk salah satu daripada skim tersebut. Skim itu sepatutnya menjadi lebih mudah berbanding dengan kad kredit.

“Ia boleh membawa kepada bayaran lewat dan dikenakan penalti. Seterusnya akan meletakkan orang ramai ke dalam lingkaran hutang selepas mereka tidak dapat membayar balik tepat pada masanya,” tambah Cumming.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Menurut Cumming lagi, walaupun promosi itu disiarkan selama beberapa jam, kempen itu telah mendapat perhatian dari ramai orang. Kempen itu akan menjadi percubaan sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat pada masa depan.

Cumming memberitahu Newshub lagi bahawa kempen itu telah berlangsung selama beberapa bulan sebelum ia dilancarkan sepenuhnya.

Sumber: Newshub

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka