Siakap Keli
Taufik Hidayat lee chong wei
Gambar: BadmintonPlanet

Hall of Fame: Taufik Hidayat Pertikai Lee Chong Wei?

Hall of Fame: Taufik Hidayat Pertikai Lee Chong Wei?

Media sosial dihebohkan dengan sebuah video bual bicara membabitkan bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat yang tidak berpuas hati pemilihan Datuk Lee Chong Wei dalam Hall of Fame Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2023.

Memetik Astro Awani, klip rakaman temu bual itu jelas menunjukkan bahawa Taufik seolah-olah mempersoalkan pemilihan Chong Wei dalam senarai tersebut.

Temu bual itu menjadi semakin rancak selepas Taufik mula mengaitkan pemilihan Chong Wei dengan ibu pejabat BWF yang berada di Kuala Lumpur. Ucapan itu telah membuatkan ramai tidak berpuas hati dengan kenyataannya.

“(Beliau dipilih kerana menang) tiga kali pingat perak (Olimpik), paling lama di kedudukan (pemain) nombor satu,” kata hos rancangan berkenaan.

“Kalau ada yang menang satu emas (Olimpik) dan 10 pingat perak (Olimpik), anda pilih yang mana?” tanya Taufik.

Taufik yang juga pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens 2004 bagaimanapun enggan mengakui bahawa jika dia lebih layak berada dalam senarai tersebut.

Malah, Taufik juga menolak untuk meletakkan dirinya sebagai seorang pemain badminton perseorangan yang lebih baik daripada Chong Wei.

“Tidak juga (lebih baik). Kan saya sudah cakap, itu (tersenarai dalam Hall of Fame) hanya tulisan semata-mata. Bukan sesuatu yang perlu saya ambil berat.

“Tetapi Lin Dan memang layak disenaraikan,” katanya.

Baru-baru ini, Chong Wei bersama seteru tradisinya Lin Dan yang merupakan pemain badminton perseorangan China telah dipilih dalam Hall of Fame BWF 2023.

Majlis penganugerahan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 26 Mei yang lalu.

Terdahulu, Chong Wei menyatakan hasrat bersaranya dalam sukan profesional badminton selepas mengalami masalah kesihatan kanser hidung.

Sepanjang kariernya dalam sukan tersebut, beliau berjaya meraih 47 gelaran Siri Super/Jelajah Dunia BWF sepanjang 19 tahun penglibatannya.

Selain itu, beliau juga pernah memegang gelaran pemain nombor satu dunia paling lama pernah direkodkan iaitu selama 349 minggu.

BACA: Apa Maksud β€˜kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Pemain kelahiran Pulau Pinang ini merupakan pemain badminton paling berjaya yang pernah Malaysia lahirkan.

Pencapai tertinggi Chong Wei ialah pernah memenangi tiga pingat perak dalam Sukan Olimpik iaitu Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016. Chong Wei juga pernah bergelar naib juara kejohanan dunia pada 2011, 2013 dan 2015.

Sumber: Astro Awani

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka