Siakap Keli
Banjir Kilat Setia Alam
Gambar: Facebook Azizul Ahmad & TikTok Sir. Rizman

Beberapa Kawasan Di Klang & Setia Alam ‘Lumpuh’ Dilanda Banjir Kilat

Beberapa Kawasan Di Klang & Setia Alam ‘Lumpuh’ Dilanda Banjir Kilat

SETIA ALAM  — Beberapa kawasan di sekitar Selangor pada awal pagi tadi dilaporkan dinaiki banjir kilat ekoran hujan lebat selama beberapa jam.

Difahamkan, antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk Bandar Bukit Raja, Klang, Setia Alam serta Shah Alam.

Hasil tinjauan di media sosial mendapati beberapa jalan dinaiki air banjir sehingga mencapai paras tayar kenderaan.

Tambahan lagi, air banjir berwarna coklat itu juga kelihatan bertakung di permukaan jalan sehingga menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya.

Berikutan itu, trafik di sekitar kawasan yang dinaiki banjir kelihatan sesak dipercayai kerana kenderaan tidak dapat melalui jalan raya tersebut.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna di Facebook dan TikTok turut memaparkan kenderaan yang tersadai di dalam air di atas jalan raya ekoran banjir berkenaan.

Perkongsian Keadaan Banjir Oleh Netizen

Menerusi perkongsian Azizul Ahmad, dia turut memuat naik rakaman keadaan banjir banjir yang berlaku di Setia Alam awal pagi tadi.

“Banjir teruk di area Setia Alam gais! Sila ubah laluan anda! Sekian melaporkan berita pada pagi ini,” tulisnya di Facebook.

https://www.facebook.com/100090582113415/videos/647743870071829/

https://www.facebook.com/khidmat.malaysia.2015/posts/pfbid0HCv4VboL2YjXt3HzxQkPHKbKnAyCN4shnwn1KTzgtsqBepTYyZDeRrBEDqJX1Tpql

https://www.facebook.com/paskawasansungaibuloh/posts/pfbid02hLYw3manaW4EPU2UdPKiYsF4qWVEdXwmhrRsbKsqDoiaX2d2hc4Quwt8pG5wvbjvl

@sir.rizman

#klang #setiaalam #banjir

♬ original sound – Big Ship – Sir Rizman

Perkhidmatan Rapid KL Terjejas

Sementara itu, perkhidmatan Bas, Rapid KL dalam satu kenyataan turut memaklumkan berapa stesen perhentian bas terpaksa dilencongkan ke kawasan lain buat sementara waktu.

“Pelanggan yang dihormati, Rapid KL ingin memaklumkan terdapat banjir kilat di kawasan Setia City Mall. Bas akan dilencongkan dari Klang sentral terus ke Jalan Meru,” maklum Rapid KL.

BACA JUGA: Banjir Kilat, Jalan Di Persimpangan Lampu Isyarat Kiwa Dari Cyberjaya Ke KLIA/BBST/Nilai Ditutup

Beberapa perhentian bas yang tidak dapat dilalui termasuklah Maybank Setia Alam, Setia Avenue (Utara), Setia City Mall, Dewan Sri Gading, Damai 15 Residence, Pangsapuri Semarak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setia Alam, Sekolah Kebangsaa (SK) Setia Alam dan Dataran Setia Prima.

Sehubungan itu, pihak Rapid KL turut memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Laluan yang terlibat adalah Laluan 753. Segala kesulitan amat dikesali,” maklum kenyataan tersebut.

Sumber: Video Tular Facebook, Rapid KL, TikTok Sir.Rizman

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.