Siakap Keli
china lubang bumi
Kredit: CGTN

China Dilapor Gerudi Lubang 10,000 Meter Ke Kerak Bumi

China Dilapor Gerudi Lubang 10,000 Meter Ke Kerak Bumi

Pakar di China secara ‘misteri’ telah mula menggerudi lubang dengan kedalaman 10,000 meter (m) (32,808 kaki) ke dalam kerak Bumi di wilayah Xinjiang, lapor Daily Star.

Pakar teknikal operasi, Wang Chunsheng berkata proses menggerudi lubang sedalam lebih 10,000m adalah percubaan berani untuk meneroka bahagian Bumi yang tidak diketahui.

Kredit: FB CGTN

“Kesukaran pembinaan projek penggerudian boleh dibandingkan dengan trak besar yang memandu pada dua kabel keluli nipis,” kata Sun Jinsheng, saintis di Akademi Kejuruteraan China.

Walaupun motifnya belum diketahui, namun hakikat bahawa penggerudian bermula di wilayah yang kaya dengan minyak itu mungkin memberikan petunjuk.

Kredit: FB CGTN

Perkara tersebut dikatakan dibuat untuk mengenal pasti sumber mineral dan tenaga jauh yang ada di bawah permukaan Bumi.

Lubang itu akan digerudi dengan kedalaman yang sangat dalam sehingga ia mencecah batu yang wujud sejak 145 juta tahun dahulu.

Sebelum, ini, Presiden China Xi Jinping menyeru agar kemajuan yang lebih besar dalam penerokaan Bumi dilakukan.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan pada tahun 2021, yang ditujukan kepada golongan terkemuka negara (dalam bidang berkaitan).

Inisiatif baharu itu datang pada minggu yang sama ketika China menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas dan sejurus selepas pelantar penggerudian luar pesisir 12,000 tan siap, direka untuk melombong rizab geologi gas asli.

Gerudi itu yang mempunyai kedalaman reka bentuk lebih 11,000m, terdiri daripada mata gerudi dan paip gerudi.

Ia akan membuka laluan melalui Tarim Basin yang sukar di wilayah autonomi Uyghur, Xinjiang di barat laut China.

BACA: Puas Hati Tengok, Ini 9 Tips Tanam Sawi Agar Tumbuh Segar & Berkualiti

Kola Superdeep Borehole 1970

Kredit: BBC

Projek menggerudi permukaan Bumi sehingga ke lapisan kerak bukanlah kali pertama berlaku, malah ia pernah dimulakan ketika era Soviet dahulu.

Pada 24 Mei 1970, projek Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai ‘Kola Superdeep Borehole’ bermula dan selama beberapa tahun akhirnya ia mencapai kedalaman 12,200m.

Kredit: BBC

Memetik laman web How Stuff Works, hasil penggerudian mendapati penyelidik menemui berpuluh-puluh fosil pada kedalaman 4.4 batu yang wujud sejak dua billion tahun lalu.

Bukti yang paling jelas ialah fosil mikroskopik yang dibalut dengan sebatian organik yang dilihat masih utuh walaupun terdapat tekanan suhu yang melampau di sekeliling batu.

https://www.facebook.com/ChinaGlobalTVNetwork/posts/pfbid0od6UtG9Z4w11xTzG8adGy9Xwpk8BnkySG7VQUD43fc3fPb4wVbzDrtJo8TViWvm3l

Sumber: Daily Star, How Stuff Works

BACA: Sherpa Kongsi Detik Cemas Selamatkan Pendaki Malaysia Di ‘Zon Kematian’ Everest

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.