Siakap Keli
Wanita terperangkap banjir kilat
Gambar: Sinar Harian

Wanita Alami Detik Cemas, Kereta Terperangkap Dalam Banjir Kilat

Wanita Alami Detik Cemas, Kereta Terperangkap Dalam Banjir Kilat

SHAH ALAM, 4 Jun (Bernama) — Seorang wanita mengalami detik cemas apabila kenderaan yang dipandunya terperangkap dalam kejadian banjir kilat berhampiran Klang Sentral, Jalan Meru dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Bomba Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata kejadian berlaku pada 5.44 pagi apabila wanita tempatan berusia 57 tahun itu melalui kawasan jalan raya yang berlaku limpahan air sebelum tersekat berikutan hujan lebat ketika itu.

BACA JUGA: Banjir Kilat: Seorang Wanita Alami Detik Cemas Berenang ‘Ditemani’ Ular Tedung

Mohamadul Ehsan berkata ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan dipercayai terperangkap kira-kira lima minit sebelum kenderaannya ditenggalami air banjir.

“Pemandu wanita itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam, sebelum pihak bomba sampai  dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurutnya, kawasan tersebut yang sememangnya rendah telah berlaku limpahan air dari longkang berhampiran  dengan kedalaman kira-kira 1.3 meter, bagaimanapun air telah pun surut,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.