Jarang Dilawati, Ini 9 Fakta Menarik Mengenai Turkmenistan
Setiap negara mempunyai adat, budaya dan kesenian warisan yang tersendiri. Perkara ini yang membuatkan sesebuah negara itu unik dan menarik untuk dikunjungi.
Sekiranya anda diberikan pilihan untuk melancong, negara mana yang akan anda pilih? Jauh di timur Tengah, terdapat sebuah negara yang dikenali sebagai Turkmenistan.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui sebenarnya negara ini menyimpan pelbagai fakta dan lokasi menarik untuk diketahui. Tanpa membuang masa, mari kita selami fakta menarik mengenai Turkmenistan di bawah ini.
Fakta Menarik Tentang Turkmenistan
70 Peratus Adalah Padang Pasir

Sepanjang perjalanan di Turkmenistan, anda akan melihat padang pasir yang terbentang luas, Hal ini kerana 70 peratus bentuk muka bumi negara itu terdiri daripada gurun dan pasir.
Antara gurun yang popular di sana termasuklah Gurun Karakum.
Untuk makluman, pada 30 juta tahun yang lalu kawasan ini merupakan lokasi yang dipenuhi air laut sebelum perubahan plat bumi.
Kawah Gas Darvaza

Selain itu, Kawah Gas Darvaza merupakan salah satu tarikan utama pelancong di negara tersebut. Kawah ini terletak di tengah-tengah padang pasir.
BACA JUGA: Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Seawal Usia Lima Tahun
Menariknya, ia secara terus terbakar sehingga kini dan digelar sebagai “Pintu Neraka” atau Hell Door. Pada waktu malam, anda dapat melihat ia secara terus menerangi kegelapan di padang pasir dengan api berwarna merah menyala.
Sekali imbas, mungkin ramai yang menganggap ia merupakan fenomena semula jadi, namun sebenarnya tidak.
Pada tahun 1971, sekumpulan ahli geologi Soviet Union telah membuat pencarian gas asli di bawah tanah dengan menggerudi. Bagaimanapun, peralatan dan pengangkutan mereka terjatuh ke dalam lubang tersebut sehingga mengakibatkan kebakaran.
Lebih 48 tahun sejak kebakaran itu dilaporkan, lubang gas asli itu masih terbakar sehingga ke hari ini.
Bandar Jalan Sutera (Silk Road Cities)

Di Turkmenistan, beberapa bandar Jalan Sutera telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO kerana mempunyai ciri reka bentuk, yang unik, asli dan tidak terusik.
Difahamkam, kawasan tersebut merupakan tapak atau pusat perdagangan antara abad ke-8 hingga ke-13,
Antara lokasi yang diiktiraf termasuk Mery, pusat bandar Jalan Sutera. Dianggarkan dua juta pedagang keluar masuk ke lokasi tersebut pada abad ke-11 dan abad ke-12.
Bukan setakat itu, kota itu juga merupakan ibu kota negeri Seljuk Besar sebelum digulingkan oleh Genghis Khan dan tentera Mongolnya pada tahun 1221. Bagaimanapun, kawasan ini tidak pernah dipulihkan sehingga ke hari ini.
BACA JUGA: Bentuk Unik Seakan UFO, Kenali Awan Lentikular & Bagaimana Ia Terbentuk
Selain bandar Mery, Kunya-Urgench juga merupakan sebuah Bandar Jalan Sutera juga bandar di bawah pengiktirafan UNESCO. Ia terletak berhampiran dengan sempadan Uzbekistan.
Pada abad ke-11 dan ke-12, Kunya-Urgench merupakan tapak budaya, pembelajaran yang terkenal. Ia juga pernah menjadi bandar ke-2 terbesar di Empayar Samanid dan menampilkan gaya seni bina tersendiri.
Bandar ini telah dibina semula pada abad ke-13 selepas ia dimusnahkan oleh tentera Mongol namun kembali hancur akibat serangan Tamerlane pada abad ke-14.
Serangan itu dilakukan ekoran takut Kunya-Urgench bakal menjadi pesaing kepada bandar Samarkand.
Kini, hanya sebahagian kecil tinggalan dan runtuhan bangunan kedua-dua bandar tersebut menjadi saksi kewujudan tamadun ratusan tahun dahulu.
Bagi pelancong yang berkunjung ke kawasan ini, mereka berpeluang untuk menerokai dan menggali kawasan ini seperti seorang ahli arkeologi.
Telpek (Topi Daripada Bulu Biri-Biri)

Di negara ini terdapat suku kaum yang berasal dari suku Oghuz nomad yang berpindah ke wilayah ini pada abad ke-7. Uniknya, suku kaum ini mempunyai identiti budaya mereka yang dipanggil “Telpek”.
Telpek merupakan satu topi besar yang diperbuat daripada kulit biri-biri dan dipakai oleh kaum lelaki. Telpek direka khas untuk mengekalkan suhu badan sepanjang cuaca yang berbeza, dari musim panas hingga malam musim sejuk di padang pasir.
Ashgabat

Ashgabat merupakan ibu negara Turkmenistan. Terkenal dengan persekitarannya yang tak ubah seperti gabungan Las Vegas (Amerika Syarikat) dan Pyongyang (Korea Utara), bandar ini terdiri dari jalan-jalan besar, air pancut, patung-patung megah dan bangunan putih yang berkilauan.
BACA JUGA: Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu
Pada bahagian tengah kawasan bandar tersebut dipenuhi dengan kepadatan marmar putih. Disebabkan ia terdedah dengan cahaya matahari di padang pasir, marmar telah digunakan dalam pembinaan bandar.
Guinness Book of World Records telah menganugerahkan Ashgabat sebagai bandar yang padat dengan bangunan marmar putih tertinggi di dunia.
Hidangan Plov

Plov merupakan hidangan kegemaran masyarakat di Tukmenistan. Ia terdiri daripada nasi yang dicampur dengan daging, lobak merah dan rempah yang digoreng dalam kuali yang besar.
Jika anda melancong ke negara itu, Plov boleh didapati di mana-mana sahaja. Makanan ini dihidangkan dalam pelbagai majlis dari berkelah bersama keluarga sehingga dalam majlis perkahwinan.
Walau bagaimanapun, sekiranya masyarakat tempatan melihat anda tidak membawa makanan, mereka biasanya baik hati dengan menawarkan makanan untuk dikongsi bersama.
Tembikai Turkmenistan

Sekiranya anda menjejakkan kaki ke bumi Turkmenistam, anda wajib mencuba tembikai di sana. Hal ini demikian kerana buah ini sangat terkenal dengan rasa manisnya.
Walaupun bentuk geografinya yang kering dan gersang, tetapi buah yang dihasilkan dari tanah itu begitu manis, berair dan besar.
Buah ini dihormati oleh masyarakat tempatan sehinggakan kerajaan Turkmenistan menetapkan satu hari kebangsaan bersempena “Hari Tembikai”.
Negara Paling Jarang Dilawati
Sebenarnya, Turkmenistan merupakan sebuah negara yang paling jarang dilawati di dunia. Pada tahun 2012 negara itu hanya menerima sekitar 8,900 pelancong sahaja.
BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7
Sesiapa yang ingin memasuki negara ini perlu menyiapkan visa terlebih dahulu. Difahamkan, ia perlu menjalani proses yang rumit bagi mendapatkan pas lawatan ke negara itu.
Undang-Undang Yang Ketat
Presiden Pertama Turkmenistan, Presiden Saparmurat Niyazov (1991-2006) terkenal dengan mencipta undang-undang yang ketat sewaktu pentadbirannya.
Antara undang-undang yang diluluskan sewaktu pemerintahannya adalah mengekalkan budaya tradisional Tukmenistan seperti tiada opera, gigi emas atau spandeks.
Bagaimanapun, kebanyakan undang-undang telah diubah kembali oleh presiden sekarang, Gurbanguly Berdimuhamedow.
Ada juga undang-undang yang baru diperkenalkan misalnya kereta hitam kini dilarang di Turkmenistan dan hanya menggunakan kereta putih kerana putih ialah warna yang dianggap “membawa tuah.”
Sumber: G Advetures