Siakap Keli
bekas isteri virgoun block
Gambar: mommy_starla/Instagram

Bekas Isteri Virgoun Minta ‘Haters’ Block Jika Tak Suka Penampilan Barunya

Bekas Isteri Virgoun Minta ‘Haters’ Block Jika Tak Suka Penampilan Barunya

Bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli meminta orang ramai yang tidak menyukai penampilannya yang terbaharu, untuk ‘block’ Instagram miliknya daripada melihat gambarnya.

Dalam satu perkongsian, Inara berkata bagi wanita yang tidak boleh memberi sokongan, mereka tidak perlu bersusah untuk meninggalkan komen kebencian.

“Ada butang block yang diciptakan oleh Instagram. Jangan rumitkan keadaan,” jelasnya.

Tambah Inara atau nama sebenarnya Ina Idol Rusli, dia akan tetap menjadi dirinya sendiri dan berharap agar para ‘haters’ menemukan kebahagiaan sendiri.

“Bagi anda yang membenci, semoga menemui kebahagiaan dalam hidup anda dengan cara-Nya.

“Suka atau benci saya, saya akan tetap mengikut cara saya sendiri,” katanya dalam perkongsian itu.

Tindakan wanita yang berusia 30 tahun itu untuk membuka purdah dan bersolek mendapat kritikan ramai kerana berhias ketika berada dalam keadaan iddah.

BACA: Tegar Septian Mengaku Cerai Dengan Isteri, Mahu Fokus Kerjaya

Buka purdah demi Allah, cari nafkah

Gambar: mommy_starla/Instagram

Baru-baru ini, Inara membuat keputusan untuk membuka purdah kerana mahu mencari nafkah buat anak-anaknya dan tindakan itu dibuat ikhlas kerana Allah.

Keputusan itu dibuat selepas dia bercerai dengan bekas suaminya, Virgoun Putra Tambunan akibat kecurangan.

Imbas kembali, Virgoun dan Inara mendirikan rumah tangga pada 2014.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Starla Rhea Idola Virgoun, Faithlee As-Sya’ir Virgoun dan Terang Sharique Virgoun.

Bekas isteri penyanyi tegar umum kahwin kali ketiga – Laporan

Sebelum ini, bekas isteri kepada penyanyi Indonesia Tegar Septian, Sarah Sheilka didakwa telah bernikah lagi buat kali ketiga baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Instagram seperti yang dilapor Tribun News, Sarah dan suaminya difahamkan sudah pun mendirikan rumah tangga pada 21 Mei lalu.

Sarah memuat naik gambar mengenakan baju pengantin berwarna putih, manakala lelaki pilihan hatinya pula menggayakan sut lengkap tuxedo.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut juga mendapat reaksi yang pelbagai daripada warga maya.

Rata-rata antara mereka mengucapkan sekalung tahniah kepada bekas isteri Tegar dan ada juga yang meninggalkan komen yang negatif susulan dengan keputusannya.

Difahamkan juga, pernikahan itu merupakan perkahwinan yang kali ketiga buat Sarah.

Sumber: mommy_starla/Instagram, Viva,

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.