Siakap Keli
ikan keli gergasi
Gambar: MADCAT_Fishing

Pemancing Berjaya Tangkap Ikan Keli Gergasi Lebih 9 Kaki

Pemancing Berjaya Tangkap Ikan Keli Gergasi Lebih 9 Kaki

Seorang pemancing dari Itali berjaya menangkap seekor ikan keli gergasi sepanjang lebih 9 kaki (2.85 meter) selepas bertarung sekitar 43 minit di sungai Po, Itali, lapor Daily Mail Online.

Lelaki bernama Alessandro Biancardi tidak menyangka bahawa ikan tersebut merupakan tangkapan terbesarnya sepanjang 23 tahun bergelar pemancing profesional.

Tambah Alessandro, dia berasa kagum sewaktu pertama kali melihat ‘ikan prasejarah’ itu yang panjangnya hampir menyamai dua orang dewasa.

Gambar: MADCAT_Fishing

“Sewaktu ia muncul buat kali pertama, saya sedar bahawa saya berjaya menangkap seekor raksasa. Adrenalin saya mengalir pantas dalam masa yang sama saya takut ikan itu terlepas dan ia hampir membuatkan saya panik.

“Apatah lagi, saya bertarung dengan keli raksasa terbesar itu bersendirian,”  katanya.

Lepaskan Kembali

ikan keli terbesar
Gambar: MADCAT_Fishing via Daily Mail Online

Meskipun berjaya membawa naik ikan keli terbesar itu, dia memutuskan untuk melepaskan kembali ikan itu ke dalam sungai walaupun ingin mengetahui berat ikan berkenaan.

“Saya tidak percaya bahawa ikan keli itu adalah pemecah rekod setelah mengukur dengan mata sendiri.

“Saya ingin tahu tentang berapa beratnya tetapi saya takut ia akan membuatkan ikan tersebut tertekan. Jadi saya memutuskan untuk untuk melepaskannya dengan selamat.

“Dan saya berharap pemancing lain dapat merasai kegembiraan yang sama seperti saya memperolehinya,” ujar Alessandro.

ikan keli terbesar
Gambar: MADCAT_Fishing

Dalam pada itu, pemancing tersebut sempat mengambil gambar bersama ikan itu di tepi tebing, dan berkongsi kegembiraannya.

BACA JUGA: “Niat Nak Pancing Toman..,” Lelaki Teruja, Berjaya Pancing Ikan Legenda Tasik Gubir

Sementara itu, Persatuan pemancing, MADCAT memaklumkan bahawa spesies tersebut bakal memecahkan rekod dunia Persatuan Ikan Permainan Antarabangsa (IGFA) dalam kategori panjang.

ikan keli terbesar
Gambar: MADCAT_Fishing

Malangnya, ikan tersebut tidak diiktiraf sebagai rekod dunia kerana ia telah dilepaskan. Sehubungan itu, rekod dunia masih kekal dipegang oleh seorang pemancing bernama Attila Zsedely pada 2010 selepas membawa naik ikan keli tersebut di sungai yang sama.

Sumber: Daily Mail Online

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.