Hebat, Anak Maran Bina Kapal Terbang Dalam Bangsal Je
Jika kita melihat lembaran sejarah, kapal terbang berenjin pertama dicipta oleh adik-beradik Wright yang berasal dari Amerika Syarikat. Kapal terbang diberi nama Wright Flyer itu dibina pada 1903.
Ketika itu, perjalanan udara masih dianggap mustahil dan kebanyakan bergantung pada laluan air yang mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai.
Menurut National Air and Space Museum, kejayaan yang dilakar oleh Wright Flyer pada 1903 merupakan salah satu peristiwa ikonik dalam sejarah.
Siapa sangka, mekanik basikal yang bernama Orville dan Wilbur Wright bakal menjadi pelopor dalam bidang kejuruteraan aeronautik.
Sebelum menceburi dunia penerbangan, adik-beradik Wright ini memiliki berapa kemahiran yang dapat merealisasikan hajat mereka
Antaranya, kedua-duanya memiliki kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan, kreatif dan beberapa personaliti lain.
Ini dapat membantu adik-beradik ini untuk memulakan penyelidikan dalam bidang aeronautik dan mencipta hasil yang memberangsangkan.
Anak Malaysia dari Maran, Pahang cuba untuk menghasilkan prototaip kapal terbang kecilnya
Di Malaysia, keazaman anak tempatan untuk membina kapal terbang juga tidak kurang hebatnya.
Berdasarkan sebuah video TikTok kiriman pengguna yang dikenali sebagai Fauzri (@fauzriproperty), dia dan rakannya kini dalam usaha untuk membina sebuah kapal terbang ringan.
”Kapal terbang buatan anak Maran,” katanya.
Dalam video yang berdurasi kira-kira tiga minit 28 saat, Fauzri berkongsi detik-detik ketika mereka cuba menghidupkan kapal terbang berkenaan.
Menerusi perkongsian berkenaan, pesawat berkenaan berkemungkinan masih dalam fasa pembinaan dengan beberapa bahagian rangka masih terdedah.
Begitupun, daripada pandangan mata kasar, reka bentuk sebuah kapal terbang ringan sudah jelas kelihatan.
“Memang esok bengkel ni dah tak ada kereta dah rasanya. Penuh dengan kapal terbang hahahaha,” kedengaran salah seorang rakannya berseloroh.
Selepas kipas berjaya dihidupkan, kipas kapal terbang berkenaan dilihat berputar dengan laju dan berfungsi dengan baik
Video tersebut telah menarik perhatian warga maya yang rata-rata terpukau dengan hasil ciptaaan Rauzri dan rakan-rakannya.
Ada juga yang memberikan cadangan penambahbaikan pada beberapa bahagian sepeti jenis logam yang digunakan, penggunaan tayar dan sebagainya.
Seorang warganet juga memberikan galakan supaya kapal terbang itu disiapkan sebaik mungkin agar dapat ditayangkan di edisi LIMA yang akan datang.
@fauzriproperty Boleh terbang ke, ye buat untuk terbang…
BACA: Jangan Buat ‘Ini’ Sebelum X-ray Gigi, Nanti Nampak Macam Pakai Susuk
Sumber: @fauzriproperty via TikTok