Hanya Dapat 1A SPM 2007, Kini Dah Berjaya Jadi Cikgu
Hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon yang mendudukinya pada tahun 2022. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, 10,109 calon SPM 2022 peroleh keputusan cemerlang.
SK mengucapkan tahniah kepada calon yang mendapat apa sahaja keputusan. Sama ada cemerlang atau tidak, SPM ini hanya permulaan dan jadikan ia satu asbab untuk kita terus berjuang di luar sana. Banyak peluang yang boleh diteroka selagi hayat dikandung badan. Jangan mengalah.
Seperti yang dikongsi seorang guru dari SMK Tanjong Melaka, beliau menunjukkan sijil SPM dengan keputusan 1 A, 1B, 2C, 3D, 2E. Dengan keputusan itu tidak menjadikan beliau mengalah malah terus bangkit dan buktikan beliau mampu berjaya dan kini menjadi seorang guru.
Lebih indah lagi, beliau menjadi guru di sekolah yang sama ketika beliau menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2007. Pastinya satu rahmat Allah yang indah bila dapat berbakti kepada sekolah yang pernah kita menimba ilmu.
Ikuti perkongsian Cikgu Haziq melalui laman Facebook beliau.
Hanya Dapat 1A SPM 2007, Kini Dah Berjaya Jadi Cikgu
Peluk dan ciumlah anak itu hai ibu bapa. Walau apa pun keputusan SPM mereka. Mereka sudah cuba berusaha yang terbaik. Anak itu pengikat kasih sayang antara suami dan isteri. Sayangi mereka. Ucapkan tahniah. Katakan kepada mereka,kamu yang terbaik pernah muncul dalam hidup ibu ayah.
Jangan dibanding bezakan keputusan. Anak dak tu dapat ini. Anak dak tu dapat itu. Bangga dengan anak kita. Sokong dia. Pastikan kita dahulu yang mereka cari saat kejayaan atau sebaliknya.
Untuk anak,
SPM bukan pengakhiran semua cerita. Ia baru sahaja bermula. Aku masih ingat. Turning point yang buatkan aku berjaya. “Sambunglah STPM. Awak bukan bodoh. Meh saya check keputusan tu nak tak? Lagipun. Saya tak nak kahwin dengan orang tak ada masa depan. Awak sambung form6,saya sambung matriks. Nanti kita masuk U sama sama.(Aini Nazari).
Isteri Dapat Straight A
Malu? Bukan kepalang dah saat itu. Jauh benar perbezaan straight A dengan 1A. Aku bezakan slip peperiksaan yang diterima antara aku dan isteri. Jauh mat.
Ya,SPM 2007 yang aku rasakan sangat sia sia. Aku ras,aku jawab beberapa soalan je kot. Hahaha. Konon frust menonggeng laa. Terpesona dengan cinta monyet. Alhamdulillah. Tak gagal. Result jangan cakap. Cuma 1A. Seminggu tak pergi kerja. Kurung diri dalam bilik. Tapi untuk apa? Untuk meratap benda yang dah lama pun lepas?
Bangun dan bangkit kembali. Kita tak bodoh. Cuma late bloomer. Bersepah peluang yang ada sekarang ni. Kalau rasa dalam bidang kemahiran,go for it. Kalau minat dalam pendidikan. Kejar cita cita. Jangan persiakan lagi.
“Alaa abg,ni straight A kan..? Abg punya satu A je kan? Nanti bila dah masuk matriks. Akan start daripada 0 jugak” Macam tu lah kata isteri aku. Betul betul depan KFC Klebang.
Bangun. Jangan tidur lagi. Kita dilahirkan seorang pejuang. Kita lah satu satunya sperma yang berjaya tembus ovum ibu kita. Kita dah pun dilahirkan seorang yang berjaya..!
All the best semua student SPM 2022/2023 dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Nah. Sijil SPM aku. Kot kot kau cakap aku tipu. Aku takut jugak onyei nanti cari sijil ni. Nanti aku cakap rumah kita dulu banjir nak. Habis semua sijil babah hanyut. Lagipun A babah dah bagi orang lain.
https://www.facebook.com/critical.thinker.94/posts/pfbid02BZqG8oJmAc3M47nEcSdhsR6k5ry8KWURqzypHuGZUcz6a8MmLqE8cxx8asUfGjEQl
Sumber: Haziq GilaTido II