Tuah Dapat “Straight A”, Cikgu Hadiahkan PS5 Kepada Pelajar
KOTA BHARU — Seorang pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Shaik Amir, memperolehi hadiah sebuah PlayStation 5 (PS5) selepas berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di Maktab Sultan Ismail.
Cikgu Praktikal Beri PS5 Pada Pelajar Cemerlang SPM
Menerusi perkongsian Siva Gopalakrishnan di Facebook, dia memberikan hadiah tersebut kepada pelajar berkenaan setelah memperoleh keputusan semua ‘A’ dalam subjek yang diambil.
Tambah guru praktikal, Shaik seorang yang rendah diri dan rajin. Dia juga minat dalam bermain permainan video namun tidak mempunyai PS.

“Shaik Amir seorang pelajar yang humble dan jenis senyap, tetapi sangat-sangat rajin. Dia suka main game tetapi tidak ada playstation.
“Jika suka sesuatu benda tidak berani untuk meminta, saya tahu dia suka PS5, jadi masa keputusan keluar tu dia dapat straight A. Disebabkan itu, saya berikan dia PS5.” katanya sewaktu dihubungi SK.
Sementara itu, guru terbabit turut memberikan dua lagi hadiah kepada pelajarnya, Firman dan Imran yang berupa oil panting dan Nintendo Switch.

BACA JUGA: Ditemani Alunan Al-Quran Ketika Ulang Kaji Resepi Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM
Jelasnya turut membuat kelas tuisyen tambahan, kedua-dua mereka merupakan pelajar yang baik dan rajin dalam menimba ilmu.

“Firman merupakan pelajar dari keluarga yang sederhana, kehilangan ayah sejah umur 5 tahun lagi.
“Seorang pelajar yang bijak, berjiwa pemimpin, dan berfikiran kreatif. Jadi, saya bagi dia oil painting kenangan bersama ayah dan umi dia sebab dua minggu sebelum SPM dia mula rindu arwah ayahnya. Oleh itu, saya rasa dia sangat perlukan gambar ini.
“Manakala Imran merupakan pelajar yang rajin bertanya dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki markah Addmaths. Walaupun saya dah habis praktikal dia tetap whatsapp dan tanya saya soalan-soalan Addmaths, jika ada sebarang masalah.
“Dia juga sangat hormat semua guru-guru dan sentiasa bertegur mereka. Jadi, saya hadiahkan dia nintendo switch,” ujar guru praktial yang sedang menunggu panggilan temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Untuk makluman, seramai 10,109 calon SPM 2022 memperoleh keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran, lapor Bernama.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali mengumumkan keputusan SPM 2022 adalah lebih baik dari tahun sebelum ini.
Tambahnya, pencapaian calon SPM 2022 adalah merekodkan Gred Purata Nasional (GPN) sebanyak 4.74 berbanding 4.86 tahun sebelumnya.
Sumber: Facebook Siva Gopalakrishnan