Siakap Keli
Saintis suhu global
Gambar: Noel Celis / AFP

Saintis Beri Amaran, Suhu Global Meningkat 0.2 Darjah Celsius Setiap Dekad

Saintis Beri Amaran, Suhu Global Meningkat 0.2 Darjah Celsius Setiap Dekad

Seramai 50 saintis memberi amaran bahawa berlaku peningkatan sebanyak 0.2 darjah Celsius terhadap suhu global setiap dekad, lapor AFP.

Dalam kemaskini data Sains Iklim secara menyeluruh mendapati rekod pelepasan gas rumah hijau meningkat manakala pencemaran udara sebaliknya. Berikutan itu, perkara ini telah menyumbang kepada pemanasan global .

Menurut rekod data dari 2013 hingga 2022 mendedahkan kegiatan manusia merupakan penyumbang utama fenomena ini. Lebih teruk lagi, pemanasan tersebut berlaku pada skala yang tidak pernah direkodkan sebelum ini.

Purata pelepasan tahunan pembebasan gas karbon dioksida mencecah paras tertinggi sepanjang masa dengan sebanyak 54 bilion tan gas karbon dioksida dibebaskan (CO2). Rekod tersebut bersamaan kira-kira 1,700 tan gas karbon dilepaskan setiap saat.

Sidang Kemuncak Iklim COP28

Pada hujung tahun ini, pemimpin dunia bakal mengadakan sidang kemuncak iklim COP28 di Dubai  bagi membentangkan isu tersebut. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka bakal membahaskan matlamat mengenai Perjanjian Suhu Paris 2015.

Gambar: Noel Celis / AFP

Perjanjian Suhu Paris 2015 bertujuan untuk membendung pemanasan global melebihi 1.5 darjah Celsius. Ia bagi mengawal iklim global sebelum memberikan impak yang lebih teruk.

Dalam kajian tersebut, Piers Forster seorang profesor fizik di Universiti Leeds berkata perkara tersebut perlulah dikawal walaupun belum melebihi purata 1.5 darjah.

BACA JUGA: Ais Di Antartika Semakin Mencair, Menyusut Ke Paras Terendah

“Jumlah gas rumah hijau yang dibebaskan oleh manusia tanpa melebihi had itu berkemungkinan bertahan dalam masa beberapa tahun sahaja,” katanya.

Kesan Yang Perlu Dielakkan

Bagi mengekalkan pelepasan gas rumah hijau di bawah 1.5 darjah Celsius, pelepasan karbon dioksida, metana dan faktor pemanasan lain termasuk pembakaran bahan api fosil mestilah tidak melebihi 250 bilion tan (Gt).

Dalam Perjanjian Paris 2015 menyasarkan sekurang-kurangnya 40 peratus pencemaran karbon dioksida dapat dikurangkan menjelang 2030 dan dapat dihapuskan sepenuhnya pada pertengahan abad.

Walaupun usaha pengurangan penggunaan bahan bakar seperti arang batu beralih kepada penggunaan minyak.

Ironinya, ia secara tidak sengaja mempercepatkan lagi kadar pemanasan global meskipun langkah itu dapat menurunkan kadar pencemaran udara.

BACA JUGA: Ais Di Lautan Artik Diramal Cair Pada 2030, Sedekad Lebih Awal Berbanding Jangkaan Sebelum Ini

Salah seorang Saintis dan selaku Menteri Alam Sekitar Chile berkata kemaskini data pemanasan global penting bagi memantau krisis perubahan iklim.

Saintis suhu global
Gambar: Orlando Sierra / AFP

“Kemas kini tahunan merupakan penunjuk utama perubahan global. Ia penting dalam membantu masyarakat antarabangsa dan negara untuk menangani krisis perubahan iklim sebagai agenda utama,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi laporan IPCC 2021, Valerie Masson-Delmotte berkata data baharu itu perlu menjadi titik tolak mengenai isu yang perlu dibincangkan dalam sidang kemuncak nanti meskipun terdapat bukti pelepasan gas rumah hijau semakin perlahan.

“Skala dan kecepatan perubahan iklim tidak mampu untuk membendung peningkatan risiko berkaitan isu ini,” jelasnya.

Dalam kajian terbaru, gelombang haba yang lebih lama dan lebih kuat akan menimbulkan ancaman hidup dan kematian dalam dekad akan datang. Kesan tersebut mampu merentasi kawasan besar Asia Selatan dan Tenggara, Khatulistiwa di Afrika dan Amerika Latin.

Tambahan lagi, sejak tahun 2000, penyelidik juga melaporkan berlaku peningkatan yang mengejutkan bagi peningkatan suhu di kawasan darat (tidak termasuk hutan).

“Purata suhu maksimum tahunan tanah telah memanaskan lebih daripada setengah darjah Celsius dalam sepuluh tahun yang lalu. Suhu itu merekodkan 1.72 darjah Celsius di atas keadaan praindustri berbanding dekad pertama milenium 1.22 darjah Celsius,” menurut kajian.

Sumber: AFP Via Yahoo

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.