Siakap Keli
kereta sewa kemalangan
Kredit: BERNAMA

Kalau Sewa Kereta Tapi Terlibat Kemalangan, Nak Buat Apa?

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau Sewa Kereta Tapi Terlibat Kemalangan, Nak Buat Apa?

Kereta sewa sering menjadi pilihan buat mereka yang belum berpeluang untuk memiliki sebuah kenderaan selain membantu memudahkan urusan harian atau pada hari yang istimewa.

Sebagai penyewa, pernah tak berada di satu situasi di mana terbabit dengan kemalangan dan yang paling teruk, kenderaan yang dibawa itu adalah kenderaan sewa?

Kemungkinan ramai yang tidak mengetahui cara bagaimana untuk mengendalikan situasi begitu memandangkan ia boleh menimbulkan rasa panik dalam diri.

Pun begitu, pemilik kereta sewa Batutah Luxury KL berkongsi kepada awam berkaitan apa yang perlu dilakukan sekiranya terlibat dengan kemalangan bersama kereta sewa.

Menurutnya terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan oleh penyewa ketika berdepan situasi getir itu.

BACA: Cuba Masuk Dalam Gerabak, Oyen Jadi Punca Kereta Api Di Jepun Lewat 30 Saat

Tiga cara yang perlu dibuat oleh penyewa/pemilik kereta

Kredit: Batutah luxury k.l/Facebook

Perkara pertama yang dilakukan oleh pihaknya adalah menolak wang jaminan atau security deposit yang diberikan oleh pelanggan sewaktu pembayaran.

Wang jaminan

Perkara tersebut perlu dilihat semula dengan kontrak yang ditandatangani. 

“Kita ada pegang wang jaminan, jadi akan ambil daripada duit tersebut.

“Kalau kemalangan dan tidak teruk sangat, kita akan ambil daripada wang jaminan dan kena tambah sedikit duit kalau tidak cukup,” katanya.

Seterusnya, pemilik kereta sewa akan melakukan tuntutan insurans, sekiranya penyewa terlibat dengan kemalangan besar.

Kemalangan tersebut adalah seperti melibatkan kerosakan besar bahagian badan kenderaan yang hancur hampir 80 peratus dan lain-lain.

Tuntutan insurans

“Kalau kemalangan itu besar, pihak kami akan melakukan tuntutan insurans. 

“Kereta kita akan tuntut insurans, tetapi pelanggan perlu tanggung sehingga tempoh bayaran yang ditetapkan habis atau tamat,” jelasnya.

Yang terakhir, sekiranya cukai jalan insurans dan no claim discount (NCD) telah tamat, maka penyewa perlu untuk membayarnya.

“Cukai jalan insurans, NCD dah habis, jadi untuk kali pertama memperbaharui, pelanggan kena lakukan (bayar) perkara itu.

“Itu merupakan tanggungjawab, jadi bawa berhati-hati. Kalau apa-apa berlaku hubungi kita (pemilik) dahulu,” ujarnya.

Tiga cara yang disenaraikan adalah prosedur yang perlu diikuti dan paling penting, sebagai penyewa, perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengendalikan situasi itu.

Untuk pemahaman, prosedur yang diambil merupakan tindakan yang diambil oleh syarikat  Batutah Luxury KL. Walau bagaimanapun, lain syarikat semestinya mempunyai prosedur yang berlainan.

Semoga bermanfaat.

Ikuti video penuh di sini.

Sumber: Batutah luxury k.l/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.