Ibu Virgoun Tak Puas Hati Wang Bulanan Bekas Menantu Beri Tak Cukup
Ibu kepada penyanyi Indonesia Virgoun, Eva Manurung menyatakan rasa tidak puas hati dengan wang pemberian bulanan daripada bekas menantunya, Inara Rusli yang tidak mencukupi, lapor Detik Hot.
Menurutnya, wang sebanyak RM838 yang diberikan oleh bekas menantunya setiap bulan tidak cukup untuk menampung kehidupannya di Jakarta.
Mendengar pengaduan tersebut, Inara menjelaskan pemberian wang itu adalah hasil daripada kata sepakat dan persetujuan yang dicapai sebelum ini.
“Ini kesepakatan bersama, semua keputusan suami yang dipersetujui oleh Virgoun, bekas ibu mertua dan adiknya.
“Jadi saya hanya memberi mengikut perjanjian itu,” kata Inara.
Jelas Inara, dia juga sering memberi wang tambahan kepada bekas ibu mertuanya itu sekiranya mempunyai wang lebihan.
“Kalau ada duit lebih (selepas diberi wang bulanan), saya beri lagi kepadanya.
Sebelum ini, Eva juga membuat pengakuan menerima bayaran bulanan daripada bekas menantunya.
Walau bagaimanapun, topik itu dibangkitkan kembali selepas merasakan bilangan itu tidak bersesuaian dengan gaya hidupnya.
“Saya tanya awak, bila awak tinggal di Jakarta dengan wang RM838, tidak mempunyai kenderaan pergi dan balik untuk makan, cukup atau tidak?” tanya Eva.
Soalan itu dibangkitkan dalam satu program Ambyar Morning Trans TV pada Jumaat lalu.
Bagi dirinya yang gemar melancong dan bersosial, Eva menganggap jumlah yang diberikan belum cukup besar untuk menampung perbelanjaannya.
BACA: Wanita Thailand Kahwini Bilionair Dubai Dedah Terima Nafkah RM2.1 Juta Sebulan
Inara minta ‘haters’ block jika tak suka penampilan barunya

Sebelum ini, Inara meminta orang ramai yang tidak menyukai penampilannya yang terbaharu, untuk ‘block’ Instagram miliknya daripada melihat gambarnya.
Dalam satu perkongsian, Inara berkata bagi wanita yang tidak boleh memberi sokongan, mereka tidak perlu bersusah untuk meninggalkan komen kebencian.
“Ada butang block yang diciptakan oleh Instagram. Jangan rumitkan keadaan,” jelasnya.
Tambah Inara atau nama sebenarnya Ina Idol Rusli, dia akan tetap menjadi dirinya sendiri dan berharap agar para ‘haters’ menemukan kebahagiaan sendiri.
Tindakan wanita yang berusia 30 tahun itu untuk membuka purdah dan bersolek mendapat kritikan ramai kerana berhias ketika berada dalam keadaan iddah.
Sumber: Detik Hot