Syarikat yang terkenal dengan menjual laptop di bawah harga RM1,000, IMIKA kini melebarkan sayapnya ke Sabah dan Sarawak dengan menambah 20 lagi cawangan di sana.
Dengan niat memastikan lebih ramai rakyat memiliki komputer riba supaya tidak ketinggalan, IMIKA berhasrat untuk membuka sehingga 100 cawangan di Malaysia menjelang hujung tahun 2023.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IMIKA Malaysia, Abdul Rahim Tahir, syarikatnya menerima sambutan di luar jangkaan sejak membuka cawangan di Sabah dan Sarawak.
Syarikat mereka menawarkan komputer riba pada harga bawah RM1,000 dengan waranti selama satu tahun, selain hadiah percuma berupa telefon pintar atau printer kepada para pelanggan.
Setakat ini, IMIKA telah mempunyai 30 cawangan di Semenanjung dan 20 cawangan di Sabah Sarawak hanya dalam masa beberapa bulan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati Facebook dan laman web IMIKA di sini.