Tular Anak Yatim Piatu Hidup Berdikari, Insan Baik Hati Hadiahkan Udin Kiosk Jual Nasi Lemak
Udin, seorang remaja berumur dalam lingkungan 12 tahun tekad untuk berdikari, walaupun dirinya tidak memiliki tempat bergantung.
Kegigihannya untuk berniaga secara kecil-kecilan telah meraih perhatian penduduk di sekitar Padang Rengas. Perak.
Berdasarkan perkongsian tular sebelum ini, remaja berkenaan juga dilapor mengalami masalah jantung berlubang dan tidak mampu berkerja seperti biasa.
Namun, anak yatim piatu ini nekad untuk berniaga nasi lemak untuk menampung kos rawatan susulan setiap dua tahun.
Kisah anak yatim piatu yang bersemangat wajar ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Surani Abdullah menerusi kumpulan Facebook, Anak-anak Padang Rengas enam hari lepas.
Dalam perkongsian berikut, wanita tersebut telah menceritakan kisah anak yatim piatu yang bernama Udin dan perniagaaan kecilnya.
“Beliau berniaga kecil-kecilan menjual nasi lemak di waktu pagi berhampiran Pejabat Pertanian Padang Rengas.”
Menurut Surani, Udin sebelum ini berniaga di depan rumah. Dalam balasan di ruang komen hantaran tersebut, ada netizen memaklumkan Udin tinggal bersama ibu saudaranya, namun ibu saudaranya juga dilaporkan tidak sihat.
Pada hantaran yang sama, Surani meminta jasa baik orang ramai untuk berkongsi kisah Udin dan menyokong perniagaan nasi lemaknya.
“Sesiapa yang melihat, berilah bantuan dengan membeli nasi lemak beliau yang berharga satu bungkus RM1.20 supaya dapat beliau membuat bayaran susulan rawatan ke Hospital Pulau Pinang setiap dua bulan,”
Berkat keinginan untuk berdikari, Udin meraih perhatian dan kasih sayang dari orang ramai
Perkongsian Surani tadi telah tersebar luas di media sosial, khususnya Facebook. Terdapat banyak halaman dan kumpulan Facebook yang berkongsi kisah Udin kepada orang ramai.
Perkara ini sekali gus, membuka orang ramai untuk menghulurkan bantuan kepada Udin untuk terus berdikari dalam kehidupannya.
Wanita tersebut sekali lagi memuat naik hantaran dalam kumpulan Facebook yang sama semalam.
Kali ini, Surani Abdullah berkongsi berita baik buat sesiapa yang mengikuti perkembangan kisah Udin selama ini.
“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yangg tahu. Inilah terjadi kepada Udin (yang memiliki) semangat yang kental dan tak patah semangat dan membawa Udin ke arah yang baik.
Udin difahamkan telah mendapat bantuan berbentuk kiosk daripada penggiat kandungan Youtube tempatan iaitu, FS Channel.

“Terus maju, Udin. Jangan cepat putus asa, di sini ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakyat Malaysia dan terutama FS Channel yang banyak membantu (untuk) adakan kiosk untuk Udin.
Kata Surani, kiosk berkenaan dapat membantu Udin untuk tidak melakukan kerja-kerja berat semasa mendirikan gerai sebelum berniaga.
“Kepada insan yang membantu Udin dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan hidup dilindungi Allah,” kata Surani.
BACA: Kakak Buka ‘Kedai Seringgit’, Penuhi Impian Adik Autisme Belajar Berniaga
Sumber: Surani Abdullah via Anak-anak Padang Rengas (Facebook)