Siakap Keli
Kredit: BERNAMA

Daftar Sejak 5 Tahun Tapi Masih Tak Dapat Sekolah Diinginkan, Rupanya Ini Tip Daftar Anak Darjah 1

Apabila melibatkan anak-anak, mereka yang bergelar ibu bapa pasti mahu memberikan yang terbaik, tidak kira sama ada dari segi pemakaian, pemakanan dan lain-lain semuanya perlu disediakan dalam keadaan teratur dan baik.

Bahkan dari segi pendidikan, ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mendaftarkan anak-anak ke alam persekolahan seawal umur lima tahun supaya mereka dapat pendedahan awal mengenai ilmu pengetahuan.

Walaupun ibu bapa menginginkan yang terbaik untuk anak-anak namun ada sesetengah di antara mereka tidak dapat penempatan sekolah yang diinginkan atas faktor kapasiti yang terhad.

Tangkap layar di atas menunjukkan salah seorang ibu bapa yang gagal menempatkan anaknya ke sekolah rendah diinginkan walaupun telah didaftarkan seawal umur lima tahun.

Penyediaan awal amat bagus untuk dilakukan namun, sebelum melakukan persediaan, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan iaitu membuat penyelidikan berkaitan perkara tersebut memandangkan sistem pendidikan bertukar mengikut peredaran masa.

Faktor penempatan anak-anak

Gambar Hiasan: BERNAMA

Kemungkinan ramai ibu bapa yang tidak tahu, bahawa sebenarnya ada beberapa faktor yang dipertimbangkan untuk penempatan anak-anak darjah satu ke sekolah rendah mereka.

Untuk pengetahuan, penempatan sekolah anak sebenarnya bergantung kepada jarak lokasi rumah dengan sekolah serta sama ada calon murid mempunyai adik-beradik di sekolah yang diminta.

Difahamkan juga, pertimbangan permohonan adalah berdasarkan merit ‘case by case’ yang tertakluk kepada kekosongan tempat di sekolah yang dimohon, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pejabat pendidikan daerah (PPD) memainkan peranan yang penting dalam membuat penempatan murid berdasarkan kekosongan tempat di sekolah yang dimohon dan lokaliti rumah kediaman yang berhampiran dengan sekolah. Selain daripada faktor tersebut, PPD juga membuat pertimbangan terhadap adanya adik beradik yang belajar di sekolah yang dimohon agar dapat memudahkan penghantaran anak-anak ke sekolah. 

Permohonan secara talian guna idMe

Akan tetapi, pada ketika ini, ibu bapa boleh membuat permohonan secara atas talian dengan menggunakan Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), yang secara tidak langsung memudahkan urusan.

Kredit: KPM

Bermula 2 Mei hingga 30 Jun ini, kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018, layak memohon untuk kemasukan Tahun 1 kalendar akademik sesi 2024.

Cara-caranya mudah sahaja, yang pertama ibu bapa atau penjaga perlu pergi ke laman web idMe atau https://idme.moe.gov.my/ untuk mendaftar.

Kemudian, mereka perlu memilih pengurusan awam dan isikan pengurusan profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, pasangan dan anak jagaan.

Selepas itu, klik di bahagian ‘Tambah anak/jagaan’ dan kemaskini (sekiranya belum wujud).

Setelah selesai di modul pengurusan profil, pilih ‘Permohonan Kemasukan’ ke Tahun 1 KPM Tahun 2024.

Dapatkan maklumat lanjut dengan layari laman web KPM atau di sini.

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.