Siakap Keli
kondenser radiator jarak aircond
Kredit: Facebook

Kenapa Jarakkan Kondenser Dengan Radiator Buat “Aircond” Kereta Sejuk? Ini Penjelasan Pakar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Betul Ke Jarakkan Kondenser Dengan Radiator Buat Aircond Kereta Sejuk? Ini Jawapan Pakar

Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya menjarakkan antara bahagian kondenser dengan radiator pendingin hawanya.

Pengguna berkenaan mengatakan bahawa pendingin hawanya menjadi lebih sejuk dan berfungsi lebih efisien.

Perkongsian pengguna dalam kumpulan Facebook, Myvi Club Malaysia itu telah menarik perhatian rakyat Malaysia.

Oleh sebab itu, perkongsian tersebut telah tersebar dan salah seorang warga maya bertanya kepada salah seorang pakar terkemuka di Malaysia, Dr. Aid Fawzal.

Dr. Aid Fawzal telah menerangkan apa yang berlaku menerusi hantaran Facebooknya hari ini. Berikut merupakan perkongsiannya:

Ada rakan kita minta saya beri penjelasan sains mengenai faktor jarak antara kondenser pengingin hawa dengan radiator ini boleh buat prestasi penyejukan ‘aircond’ lebih baik?

Boleh perhatikan dulu gambar tu sebelum teruskan membaca. Ada 2 perkara yang tuan kereta buat:
• Letak penghadang, dan
• Jarakkan antara kondenser aircond dengan radiator.

Penjelasannya begini:

1. Sifat angin ni banyak persamaan dengan sifat manusia. Antaranya adalah selagi ada jalan senang, angin akan ikut jalan tu dan seboleh-bolehnya akan elakkan lalu jalan susah.

2. Jadi, cuba kita bayangkan kereta sedang bergerak ke depan. Angin dari alam sekitar akan masuk melalui jeriji hadapan (front grill) ke dalam ruangan dalam bumper.

• Angin ni ada pilihan, nak lalu halangan kondenser dan radiator atau ‘mengelat’ lari ke celah-celahan terbuka.
• Pastinya angin tu mengelat apabila pemanduan perlahan. Angin hanya terpaksa lalu pada halangan kondenser + radiator apabila nilai masuk angin banyak contohnya sewaktu pemanduan laju.

3. Dengan meletakkan penghadang, angin yang telah masuk dalam ruangan ini sudah tidak ada jalan untuk ‘mengelat’. Jadi ia terpaksa juga melalui halangan kondenser – radiator.

Akibat terpaksa inilah, penyejukan pada kondenser dan radiator akan lebih baik kerana sentiasa akan dapat laluan angin dari luar.

Maka terjawablah hal pertama. Seterusnya untuk hal kedua,

Ada dua sebab utama kenapa menjarakkan kondenser dengan radiator ni bawa kesan positif.

4. Bila terlalu rapat.

• Jika bersentuhan: Haba daripada radiator boleh berpindah ke kondenser secara pengaliran (heat conduction).
• Rapat tapi tak sentuh, haba daripada radiator boleh berpindah ke kondenser secara radiasi (heat radiation).

Dengan menjarakkan, kita mengurangkan dua kemungkinan permindahan haba tersebut. Cuma kena pastikan, apabila sudah dijarakkan, perlu ada penghadang pada bahagian tepi supaya masih dapat perangkap laluan angin.

Kalau bocor ketepi, kecekapan kipas untuk menarik atau menolak angin (bergantung kepada kedudukan kipas) akan berkurangan.

Jika dua tindakan ni bagus, kenapa pengeluar kereta tak buat?

a. Menjarakkan kondenser dengan radiator bermaksud mengurangkan ruangan sedia ada. Pengeluar kereta perlu fikirkan saiz kipas dan perumahnya juga.
b. Bila kedudukan kedua2-dua alat pengubah haba (heat exchanger) ni berasingan, pengeluar perlu fikirkan kekukuhan pemegangnya (mounting) juga.
• Ini termasuk sifat-sifat getaran disebabkan resonans dan frekuensi semula jadi (natural frequency).
c. Bila dijarakkan, ruangan tepi dan atas antara kedua-duanya perlu ditutup. Barulah aliran akan lalu dengan baik. Pengeluar kereta perlu gunakan bahan penghadang yang tahan panas dan berkualiti. Ini akan meningkatkan kos pembuatan kereta.

Jalan mudah, pengeluar kereta akan lihat pasaran sasaran pengguna (target market) dan letak kejuruteraan yang sesuai.

*Sesetengah kereta-kereta prestasi akan ada pengadang atau saluran untuk alat pengubah haba seperti intercooler, radiator, oil cooler dan lain-lain. Ini untuk memastikan prestasi penyejukan yang baik sepanjang penggunaan.

https://www.facebook.com/DrAidFawzal/posts/pfbid0233zGaDWhnumvdEaToSXnmaY78xbyYaTbtxoERzyfw9PzLFqpffVqABnqNV38Qx3rl

BACA: Ampaian Termahal Di Dunia, Anak Terkedu Mak ‘Selamba’ Sidai Kain Atas Ducati

Sumber: Dr Aid Fawzal via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.