Siakap Keli
makhluk halus papan ouija
Gambar: Daily Star, The Guardian

Wanita Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Makhluk Halus Lepas Main Papan Ouija

Wanita Dakwa Berjaya Rakam Kelibat Makhluk Halus Lepas Main Papan Ouija

Seorang wanita mendedahkan bahawa dia mengalami kesukaran untuk tidur gara-gara terlihat sosok makhluk halus selepas menggunakan papan Ouija di sebuah hotel.

Wanita yang bernama Alison Dunn itu dilaporkan turut berjaya merakam imej menakutkan yang memaparkan lembaga seakan lelaki dengan sebahagian daripada badannya sedang bersandar ke dinding di Hotel Park, Lancashire pada 10 Jun lalu.

Pengurus bank berusia 49 tahun itu berkata bahawa gambar itu diambil ketika semua pemburu hantu di hotel itu berada di bilik tidur di tingkat empat yang dikatakan paling keramat dalam hotel berkenaan.

Walaupun dia tidak dapat melihat apa-apa dengan matanya sendiri ketika berada di tempat berkenaan, namun dia berasa terkejut sebaik melihat gambar tersebut.

Menurutnya lagi, ahli kumpulan yang lain merasakan bahawa lorong tersebut menjadi sejuk sejurus sebelum dia mengambil gambar itu, malah ada diantara mereka mendakwa ternampak cahaya yang berkelip.

Wanita tersebut percaya bahawa dia telah berjaya merakamkan entiti seorang veteran pembunuh, yang menurut legenda tempatan dia melemaskan seorang wanita di hotel pada awal 1900-an dan kemudian membunuh dirinya sendiri.

“Anda boleh melihat satu kaki jika anda terus melihatnya, dan selebihnya agak berbayang. Ia kelihatan seperti seseorang yang sedang bersandar di dinding,” ujarnya.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.