Siakap Keli
world most annoying alarm
Gambar: SS Youtube

“World Most Annoying Alarm”, Penggera Khas Untuk Mereka Yang Liat Bangun Tidur

“World Most Annoying Alarm”, Penggera Khas Untuk Mereka Yang Liat Bangun Tidur

Nak bangun pagi setiap hari adalah sesuatu perkara yang paling ‘berat’ hendak dilakukan. Iyelah, kalau dah terbaring di atas katil, berselimut pula, rasanya memang tak mahu buka mata sampai ke petang kan. Sambung tidur dan terus bermimpi, lagi asyik.

Ada juga yang memang pasang niat nak bangun awal, tetapi bila tidur badan jadi liat sangat nak tersedar. Jam sudah dikunci berkali-kali, selang lima minit, tetap tak bangun-bangun juga.

Nada dering yang digunakan pun bukan biasa-biasa, ada yang pakai bunyi loceng, ada yang pakai bunyi hon kereta dan ada juga yang guna bunyi bom. Tapi tulah, tetap terlewat ke kelas atau ke tempat kerja.

Tapi yang lebih teruk bila ada tabiat sedar bunyi jam dering, bangun matikan kemudian sabung balik tidur. Kalau yang ini, memang teruk betul perangai.

Apa kata anda muat turun sahaja Alarmy (Sleep If You Can), penggera yang digelar sebagai ”World Most Annoying Alarm”.

Kenapa digelar annoying? Kerana anda perlu mengerah tenaga dan berhempas pulas terlebih dahulu sebelum jam ini dapat dimatikan.

Pembangun aplikasi ini ternyata mempunyai cara yang sangat kreatif untuk tidak membenarkan anda mematikan penggera tersebut dengan mudah.

Pelbagai tugasan serta teka-teki diberikan sebelum butang mematikan penggera timbul. Anda boleh memilih misi atau cara bagaimana anda mahu mematikan penggera tersebut.

Misalnya mengimbas apa-apa kod QR atau pun menangkap gambar objek yang diminta oleh aplikasi berkenaan. Selain itu, ada juga misi yang ditawarkan khas untuk mereka yang benar-benar liat nak bangun. Antaranya seperti menyelesaikan soalan-soalan Matematik.

Anda juga boleh menetapkan sendiri lokasi tertentu sebagai ‘syarat’ mematikan penggera yang berbunyi. Contohnya, jika anda menetapkan tandas sebagai lokasi, dengan mengambil gambar di dalam tandas sahaja boleh mematikan penggera berkenaan.

Sekiranya misi tersebut tidak dilunaskan, bersiap-sedialah untuk dihantui bunyi penggera sepanjang hari.

Satu-satunya yang mudah dan pantas yang ada adalah meleparkan telefon bimbit anda ke dinding. Itupun kalau anda tak sayang telefon anda la, kan?

Aplikasi ini ditawarkan di gedung aplikasi pelbagai platform pengoperasian dan boleh dimuat turun dengan mudah.

BACA: Pernah Terfikir, Kenapa Pasport Selalu Ada Dalam Empat Warna Sahaja? Ini Jawapannya

Sumber: Huawei.com, Alarmy

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.