Kami Bongkarkan Satu-satu Muka Admin Siakap Keli, Harap Tak Kecewa – Min
“Eh ingatkan seorang dua ja admin, guna phone ja bila post kat Facebook”
Ya, itulah yang kami selalu dengar bila orang cakap tentang admin Siakap Keli (SK), ramai yang beranggapan yang admin Siakap Keli ni hanya ada seorang dua sahaja. Tidak, sebenarnya kami ada ramai, semata-mata nak pastikan korang dapat info dan maklumat terkini dengan cepat dan tepat.
Tapi kan, tak tahu kenapa tiba-tiba hari ini min rasa nak bongkarkan seorang-seorang muka admin Siakap Keli ni. Mana la tahu kan kalau-kalau ada yang mencari sangat mana satu admin yang selalu bahan orang, mana satu yang asyik post tentang Manchester United ja, mana satu admin Liverpool dan lain-lain.
Tapi nak senangkan, min nak tunjuk muka admin seorang-seorang ni guna video lah. Lagi senang korang nak tengok perangai masing-masing kan. Video yang min nak tunjukkan ni adalah ketika kami semua tengah berkonvoi menuju ke Melaka untuk hadiri majlis rumah terbuka. Korang tahu, perjalanan yang patutnya sejam lebih daripada Cyberjaya, jadi sampai 3 jam sebab perangai masing-masing tak boleh behave.
Susah nak kawal perangai masing-masing
Korang bayangkan, baru ja mulakan perjalanan dah ada yang sibuk nak tekan-tekan skrin, sentuh sana, sentuh sini dalam kereta. Katanya nak sambungkan Wireless Apple Carplay & Android Auto-Connectivity, boleh sembang dengan kawan-kawan kereta yang lain. Bila dah semua terhubung, mulalah nak menyanyi, kalau suara sedap tak apa, ni semua ke laut. Tapi dah alang-alang tak buat apa dalam perjalanan, layan je lah kan.
Tengah sedap memandu, ada yang ajak main permainan baris-baris pula, tapi kali ni guna kereta. Aikk macam mana nak buat? Rupanya boleh guna Adaptive Cruise Control (ACC). Caranya bawa pada kelajuan yang diinginkan, kemudian set ACC dan pemandu tak perlu lagi nak tekan pedal minyak. Kereta akan kekal pada kelajuan sama dan kereta yang lain pun akan jadi seragam bila semua buat ACC. Korang tengok la hasil dia, power tak power lah kan haha.
Macam biasa, bila konvoi mesti ada seorang yang kata nak santai, tapi bila masuk lebuhraya, dia yang akan pecut. Bila tanya kenapa tak santai, katanya saja nak test Power-Mode. Elok tukar mode, tekan pedal minyak terus berdesup RPM naik wehh. Memang cuak la member perempuan dalam kereta tu dibuatnya.
Admin jenis tak reti bagi signal
Susah nak terlepas dalam dunia sebenar, admin SK pun ada yang terlupa nak bagi lampu isyarat ketika nak ubah lorong di lebuhraya. Nasib baiklah kereta tu bagi amaran bunyi dan auto tarik stereng sedikit untuk masuk balik ke laluan asal. Rasa selamat lah juga takdalah main tiba-tiba ja tukar lorong kan.
Jenis yang asyik nak kencing pun satu hal, setiap 30 kilometer ja nak kencing, penat la pemandu asyik nak berhenti ja kan. Dah tu, pandai pula tanya pemandu nak isi minyak ke tak, padahal minyak kereta yang kami naik ni jimat sangat, dah jauh perjalanan pun masih ada penuh tangki lagi.
Paling bertuah, ada juga admin yang tak reti nak parking dengan betul, sebelum ni asyik senget ja dia parking. Tapi bila dia bawa kereta Toyota Vios terbaru ni, elok pula dia parking. Rupa-rupanya ada kamera umpama dari satelit yang tolong. Nampak kereta dari pelbagai sisi termasuk dari atas, memang senang lah nak agak jarak dengan kereta yang lain kan.
Haa, dah banyak ragam admin-admin Siakap Keli yang min kongsikan ni, mesti korang tak sabar kan nak tengok muka seorang-seorang. Ok jom tengok kat video kat bawah ni, harap tak kecewa hahaha.
Muka Admin Siakap Keli
https://www.facebook.com/siakapkeli/posts/pfbid0e5HTA1HuiELcduZg689M6U1PVRNCWJxbY15Nm7JSyhmnFoyMzYHFEfgSC2z9dGfQl
Korang dah tengok kan, dah kenal ka mana satu admin yang asyik membahan orang atau yang asyik meratib pasal pasukan bola dia ja semedang? Kalau korang dah tahu, cuba komen nanti kat Facebook, mana la tahu betul kan.