Siakap Keli
batu tumis china
Gambar: Radii China & 吃貨小蕾

Dikenali Sebagai Suodiu, Menu Batu Kerikil Tumis Jadi Tumpuan Di China

Dikenali Sebagai Suodiu, Menu Batu Kerikil Tumis Jadi Tumpuan Di China

Siapa yang menyangka batu boleh menjadi satu menu makanan yang popular di China. Walaupun teksturnya keras, ia merupakan hidangan yang digemari ramai ketika ini.

Baru-baru ini tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki menggoreng batu kerikil (batu sungai) bersama campuran bawang putih, minyak dan cili.

Difahamkan, menu terbaharu itu dikenali sebagai Suodiu. Makanan berkenaan dijual pada tanda harga 16 Yuan (RM10) setiap satu hidangan.

Proses Memasak

Kebiasaannya, batu-batu sungai yang diambil mengeluarkan bau yang agak hanyir sewaktu digoreng. Semasa proses memasak, bahan-bahan yang dimasukkan terlebih dahulu adalah daun bawang, halia dan bawang putih.

BACA JUGA: Ingatkan Makanan Barat, “Chicken Chop” Sebenarnya Berasal Dari Malaysia, Ini Kisahnya

Ketika digoreng, ia mengeluarkan aromanya yang tersendiri.

Gambar: Radii China

Kemudian, barulah batu-batu tadi dimasukkan bersama dengan api yang tinggi sebelum siap dihidangkan.

Batu tersebut tidak ditelan, sebaliknya ia hanya dikemam di dalam mulut bagi merasai keenakan tumisan dan selepas itu ia dikeluarkan.

Sementara itu, sesetengah masyarakat menganggap ia hanya strategi pemasaran.

Tambahan lagi, mereka bimbang pengunjung berisiko tercekik jika tidak berhati-hati disebabkan permukaan batu itu yang licin.

Latar Belakang Suodiu (Batu Tumis China)

Menu unik ini berasal dari Hubei dan dipercayai mempunyai sejarah yang lama di negara Tembok Besar China itu.

Meskipun tidak banyak latar belakang mengenai batu tumis itu, menurut seorang pekerja bot di kawasan berkenaan, Suodiu telah lama wujud sejak ratusan tahun.

“Suodiu adalah hidangan yang jarang dimasak, ia hanya dimakan apabila bekalan makanan dan sayur-sayuran habis sepenuhnya,” katanya.

Difahamkan, sehingga tahun 1950-an makanan suodiu dimakan beberapa kali setahun oleh nelayan.

Walau bagaimanapun, menjelang 1980-an, makanan tersebut mula ditinggalkan dan sudah ditelan zaman.

“Ayah saya pernah cerita tentang batu goreng ini. Dia juga bimbang hari-hari itu bakal berulang kembali. Kini ia telah menjadi satu topik popular di internet.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk mengungkapkan perkara ini,” katanya kepada portal Weibo.

Dalam pada itu, batu tumis tersebut juga menjadi salah satu hidangan ‘mukbang’  bagi pencipta kandungan di negara tersebut pada ketika ini. Kebanyakan video mereka mendapat pelbagai reaksi dari netizen di seluruh dunia.

Sumber: Radii China, YouTube 吃貨小蕾

BACA JUGA: Menu Unik ‘Leher Itik Sumbat’, Harga Mencecah RM102 Sepinggan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.