Siakap Keli
bekas teman wanita bola sepak
Kredit: BERNAMA

Bekas Teman Wanita Pemain Bola Sepak Sabah Ditahan

Bekas Teman Wanita Pemain Bola Sepak Sabah Ditahan

KOTA KINABALU, 22 Jun (Bernama) — Polis menahan teman wanita seorang pemain bola sepak Sabah 8 malam tadi kerana dipercayai merosakkan pintu rumah pemain tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah menerusi kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada pemain bola sepak terbabit mengenai perkara itu Sabtu lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial,” katanya.

Pemain bola sepak didakwa pukul, rosak telefon bimbit teman wanita

Sebelum ini, seorang pemain Sabah FC didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit milik teman wanitanya di sebuah bilik hotel, dua minggu lepas.

Tertuduh, 31, yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Bekas pemain bola sepak kebangsaan itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Hani Farhana Hasrul Sani, 37, dengan memukulnya di bilik sebuah hotel di sini pada 6 pagi, 7 Jun lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Elak Tinggal Lima Barang Ini, Dipercayai Boleh Buat Kereta Meletup

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.