Siakap Keli
cuti aidiladha indonesia
Kredit: Bernama

Indonesia Nikmati Cuti Raya Haji Selama Lima Hari

Indonesia Nikmati Cuti Raya Haji Selama Lima Hari

Kerajaan Indonesia baru-baru ini mengumumkan bahawa 28 hingga 30 Jun telah ditetapkan sebagai cuti tambahan bagi sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut laporan CNBC, pengumuman berkenaan dibuat pada 20 Jun lepas dan ditandatangani oleh wakil beberapa kementerian yang berkaitan.

Antara kementerian yang terlibat adalah Kementerian Hal Ehwal Islam, Kemeterian Sumber Manusia serta Kementerian Penggunaan Aset Negara dan Reformasi Birokrasi.

“Dekri bersama ini akan berkuat kuasa bermula pada tarikh ini (16 Jun 2023),” menurut dekri tersebut.

Sebelum dekri berkenaan ditandatangani, Indonesia dilapor menetapkan cuti raya berkenaan hanya sehari, iaitu pada 29 Jun.

Dengan pengumuman terbaharu ini, rakyat Indonesia menikmati cuti raya bermula 28 Jun sehingga 2 Ogos. Cuti lima hari tersebut termasuk cuti pada hujung minggu.

Banyak cuti diberikan adalah untuk menggalakkan orang ramai membeli – Jokowi

Memetik Bloomberg, cuti tambahan berkenaan termaktub bagi semua penjawat awam, manakala bursa saham juga ditutup pada hari berkenaan.

Cuti tambahan yang diumumkan itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada kelompok perniagaan yang mendakwa menyebabkan mereka menanggung kerugian.

Namun begitu, Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata, pemberian cuti tambahan itu sebenarnya bertujuan untuk merancakan aktiviti ekonomi negara.

“Cuti yang diberikan sepatutnya dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya di wilayah dan kawasan perlancongan tempatan,” katanya

Ini selaras dengan rayuan khas yang pernah dibuatnya sebelum ini, yang mana beliau menggesa rakyat lebih banyak berbelanja berbanding menyimpan.

Katanya lagi, galakan itu dibuat bagi memastikan pertumbuhan ekonomi meningkat.

Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan dua perayaan utama yang disambut dalam kalangan penganut agama Islam di seluruh dunia. Hari raya ini turut terkenal dengan nama Hari Raya Korban.

Pada masa ini, perayaan ini turut meraikan jemaah yang menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah. Haji merupakan salah satu Rukun Islam dan umat Islam yang berkemampuan digalakkan untuk mengerjakan ibadah itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

BACA: Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.