Pandai Panjat Tangga, Pekerja Panik Biawak Tiba-Tiba Masuk Dalam Kedai
Sebelum ini, sering kali tular pelbagai kejadian yang menyaksikan beberapa ekor haiwan masuk ke dalam kedai sehingga mencetuskan huru-hara.
Terbaru, tular rakaman berdurasi 41 saat yang dimuat naik oleh pengguna akaun @laniaofficial memaparkan kelibat seekor biawak ‘berkunjung’ ke kedai kasut.
‘Gorgon’ masuk kedai Kasut
Menerusi rakaman video tersebut, terpapar kelibat seekor biawak berlari dengan lincah menuju ke tempat rak kasut.
Semasa kejadian itu, seorang pekerja wanita terkejut dan terus berlari apabila melibat biawak tersebut.
Dia kemudiannya berlari menuju ke kaunter untuk memberitahu pemilik kedai itu mengenai kehadiran haiwan terbabit.
Kelincahan biawak tersebut membuatkan mereka menjerit ketakutan dan mengunci diri dalam satu bilik.
Pun begitu, mujurlah ada seorang lelaki yang dipercayai kontraktor di situ datang membantu.
Tetapi ‘gorgon’ itu dilihat berjaya ‘melepaskan diri’ dan mengelak dari ditangkap.
@laniaofficiall Macam tahu2 je dia Lania buat sale 50% 😆
♬ เสียงต้นฉบับ – ไอเด้ก เหี้ยย (ช่องจริง)🇹🇭 – ไอเด้ก เหี้ยย (ช่องจริง)🇹🇭
BACA: Kenduri Bertukar Kecoh, Lembu Tiba-Tiba Datang ‘Rampas’ Makanan Tetamu
Rakaman CCTV biawak Ditangkap
Menerusi satu lagi video yang lain, kelihatan haiwan ini ‘bijak’ menggunakan tangga untuk menuju ke kedai itu.
Bagaimanapun, tidak lama kemudian, ia berjaya ditarik oleh kontraktor terbabit dan dibawa keluar.
Ketika ditarik oleh lelaki itu, biawak tersebut menyelit di bahagian tangga menyebabkan kepalanya menghadap ke kaki lelaki tersebut.
Biawak itu membuka mulut dan cuba mengigit lelaki itu tetapi ekornya berjaya ditarik dan tidak lama kemudian ia berjaya dikeluarkan.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak lebih 2 juta tontonan dan lebih 100,000 tanda suka.
@laniaofficiall Part 2 Gorgon datang shopping kasut time sale 😄
BACA JUGA:Pintu Pesawat Terbuka Ketika Penerbangan, Juruterbang Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan
Netizen Berkongsi Pengalaman Membawa Biawak
Menjengah di ruangan komen dalam video tersebut rata-rata netizen memuji kecekapan lelaki itu membawa keluar biawak. Ada antara mereka masing-masing berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan biawak.
Ada yang tertanya-tanya bagaimana biawak tersebut boleh naik ke atas tangga dan terus menuju ke kedai itu.
BACA JUGA: Tak Perlu Buat Repot Polis Bila Kena Langgar Lari Dengan Motosikal? Anda Silap Sebenarnya
Sumber: laniaofficial